BMW 2.0: Pewaris Kegemilangan Salahuddin Al-Ayyubi

Program anjuran IKRAMTeens Wilayah Persekutuan ini merupakan kali kedua telah diadakan, kali pertama pada tahun 2011 di Ulu Yam. Seramai 101 peserta telah menyertai kem BMW 2.0 ini, dengan nisbah 71 remaja lelaki dan 30 remaja perempuan.

Antara objektif utama kem ini ialah melahirkan pemimpin remaja yang Qudwah, Amanah, Qawiy dan Alim. Keempat-empat nilai utama ini diolah dalam bentuk aktiviti yang menyeronokkan serta mencabar, sesuai dengan jiwa remaja.


Antaranya aktiviti yang diadakan ialah “Nike Wok” yang lebih menekankan nilai QAWIY (kuat, berani & yakin) di kalangan peserta, cabaran “[email protected]” yang lebih menjurus di dalam melatih peserta berfikir, merancang, dan membuat keputusan yang tepat, ini diolah berdasarkan nilai ALIM.

Kemudian diadakan slot “Kembara Buta”, masuk ke kampong, meredah hutan & sungai demi menjalankan misi AMANAH yang juga merupakan salah satu dari nilai utama BMW 2.0. Terakhir sekali ialah slot sembang santai berkenaan nilai QUDWAH dalam diri seorang pemimpin.

Dalam slot ini telah ditekankan tentang contoh qudwah hasanah yang patut dicontohi, diambil dari surah Al-Ahzab ayat 21, yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”


Program selama 3 hari 2 malam ini merupakan kesinambungan daripada program i-phone 2012 yang telah diadakan di Masjid KLCC pada bulan Mac yang lalu.

“Program BMW ini amat member tekanan yang hebat buat kami (urusetia BMW ), bermula daripada penyertaan yang kurang memberangsangkan diperingkat awal, kemudian cabaran ketika mengendalikan slot outdoor yang cukup mencabar dan memastikan kestabilan stamina yang beterusan sepanjang program diadakan, namun ianya memberikan kami satu tarbiyah dan pembinaan kendiri yang cukup besar dan bermanfaat, dsyukur kepada Allah atas nikmat tarbiah ini,” kata Pengarah BMW 2.0, Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid.

Menurut beliau lagi, pihak penganjur tidak menjangka penyertaan akan menjangkau hingga ke 100 orang, namun kuasa Allah SWT telah membuka peluang yang besar buat penganjur untuk menyantuni dan melahirkan ramai pemimpin remaja yang berkualiti.

Program BMW 2.0 ini telah dijayakan oleh ahli-ahli PRODUCE Gen 4 dan 5 yang telah mengikuti latihan kepimpinan di bawah projek dua tahun remaja cemerlang (PRODUCE). Semoga Allah menerima amal-amal ini sebagai bekalan di syurga.

Gambar BMW 2.0

Video BMW 2.0

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia