Hi-Tea Amal 24 September: RS kumpul dana bimbing remaja puteri
KUALA LUMPUR – Pusat bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah (RS) akan menganjurkan Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 dengan tema “Indahnya Harga Diri” pada Sabtu 24 September 2011 jam 2.00 petang di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.
ABJZ pupuk kesedaran pelajar baru KIST Bachok
BACHOK – Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Bachok, Kelantan telah berjaya buat kali keduanya menganjurkan program ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ (ABJZ) dengan kerjasama Raudhatus Sakinah (RS) Kelantan dan Jawatankuasa Pemuda IKRAM Daerah Bachok.
Hari Wanita, Hari Raya dan Kemerdekaan: Perutusan Khas Wanita IKRAM
Hari Wanita, Hari Raya dan Hari Kemerdekaan pada tahun ini bagaikan segugus pulau berkumpul dalam satu bulan di lautan 2011. Setiap satu pastinya mengandungi erti yang tersendiri, khususnya berkaitan dengan jatidiri wanita. Justeru, bersempena dengan hari-hari tersebut Wanita IKRAM ingin mengutuskan ucapan dirgahayu buat semua wanita.
Salam Aidil Fitri 1432H daripada JKP IKRAM
Presiden dan seluruh barisan Jawatankuasa Pusat IKRAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Maaf Zahir Batin. Semoga amalan kita pada bulan Ramadan diterima oleh Allah Subhanahu wa Taala. Didoakan agar terus beristiqamah dalam perjuangan.
Kenyataan Media Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Sempena Hari Wanita Kebangsaan 2011
Tingkatkan Keupayaan Wanita sebagai Agen Transformasi Sosial
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang diadakan pada 25 Ogos tahun ini diadakan beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal yang penuh makna dan juga Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Membawa tema ` Wanita Penjalin Perpaduan’, Hari Wanita Kebangsaan ini diraikan sebagai satu simbol pengiktarafan kepada sumbangan wanita kepada negara selama ini.
Misi Kemanusiaan Aqsa2Gaza2: Kenangan manis di bumi barakah
Hari Pertama – Ahad 21 Ogos 2011
GAZA – Sungguh simbolik. Sebaik melepasi sempadan Rafah, azan Zuhur berkumandang menyambut anggota misi kemanusiaan Aqsa2Gaza2 sebagai tanda kejayaan memasuki wilayah Semenanjung Gaza. Suasana kelihatan aman dan tenang di luar, konvoi disambut dengan ceria.