PAT Kedua berlangsung dalam suasana muhasabah
PETALING JAYA – Perhimpunan Ahli Teras (PAT) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kali Kedua berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah, muhasabah dan kesedaran terhadap tugas dakwah yang berat. PAT yang dihadiri 880 orang Ahli Teras telah selamat disempurnakan di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Pertaling Jaya, Petaling Jaya, semalam.
Pelancaran Semarak Ramadhan IKRAM Johor Meriah
JOHOR BAHRU – Pelancaran Semarak Ramadhan telah berlangsung dengan meriah di Dewan Al Banna Kompleks IKRAM Johor semalam. Dianggarkan lebih 150 orang turut hadir terutamanya di kalangan anak muda.
Kenyataan Media: IKRAM dan MUSLEH anjur debat antarabangsa
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
27 Jun 2011 bersamaan 25 Rejab 1432
KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR MUSLEH KETIGA 2011
“3rd MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS DEBATING CHAMPIONSHIP 2011”
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSA (IKRAM) dan MUSLEH BHD akan menganjurkan Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Musleh Ketiga pada
“Bapa Idaman Sepanjang Zaman” impian bersama
AMPANG – Seorang bapa harus berusaha melengkapkan diri dengan nila-nilai murni agar dia menjadi contoh kepada ahli keluarganya. Itulah antara ciri penting yang perlu ada supaya dia dapat memberi arah tuju yang jelas kepada ahli keluarga, justeru bapa adalah pemimpin.
Seminar Wanita Di Bawah Lindungan Syariah
KUALA TERENGGANU – Wanita IKRAM Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Wanita di Bawah Lindungan Syariah dengan tema ‘ Wanita… Kau Dilindungi’ bertempat di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Terengganu (TTC) pada Sabtu 25 Jun 2011 yang lalu.
Perasmian bersejarah SRI Al Amin Kerteh
KERTEH – SRI Al Amin Kerteh (SRIAAK) pada Sabtu 18 Jun lalu mencipta satu lagi sejarah apabila telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Hafidzi bin Mohd Noor, ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM dan juga Pengerusi Aqsa Syarif Berhad dalam satu majlis yang meriah dan sederhana di SRIAAK.