Pelancaran Semarak Ramadhan IKRAM Johor Meriah

Majlis yang dimulakan dengan iftar jama’ie itu turut mendapat suntikan rohani daripada Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Negeri Johor, Ustaz Hj Muhamad Hairozi Mohamad. Semarak Ramadhan 2011 yang bertemakan ”Ramadhan…Bermulanya Suatu Perubahan” telah dilancarkan oleh Timbalan Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Madya Hj Anullotfi Dato’ Seri Abdul Latif.

 

Menurut beliau, program Semarak Ramadhan bukan sesuatu yang baru di Negeri Johor, malah ia telah dimulakan lebih dari enam tahun dahulu. Beliau berharap semua daerah IKRAM di Johor dapat menyemarakkan Ramadhan tahun ini melalui aktiviti yang telah dirancangkan.

 

Pada majlis tersebut, setiap daerah secara simboliknya telah diserahkan kain pemidang Semarak Ramadhan berserta senaskah buku “Buyutuna Fi Ramadhan”. Kain pemidang tersebut akan dipamerkan di sudut-sudut strategik untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat agar merebut peluang beribadah pada bulan Ramadhan.

 

 

Saudara Abu Nuha sebagai Pengarah program turut mencuri perhatian dengan menggesa hadirin mengirim pesanan ringkas Semarak Ramadhan kepada orang yang terpilih. Penyampaian hadiah turut dibuat kepada pemenang mencipta tema dan kuiz Semarak Ramadhan. Pertandingan mencipta tema telah dimenangi oleh Saudara Syafiq Razak dengan tema ”Ramadhan… Bermulanya Suatu Perubahan”.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia