Seminar Bapa Cakna, Ibu Bahagia, Anak-anak Terbina

KOTA BHARU – Seminar Bapa Cakna, Ibu Bahagia, Anak-anak Terbina anjuran bersama JK Pembangunan Keluarga IKRAM Kelantan dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Pusat Pendidikan Aman telah diadakan pada pagi Sabtu 23 April 2011 di Dewan Sri Rambai, dihadiri lebih daripada 100 peserta. Ustaz Alias Osman dijemput khas sebagai penyampai utama seminar ini.
Tinggalkan seruan berunsur perkauman
SERI KEMBANGAN – Seruan untuk memperkukuh jemaah, pasukan, kelompok atau bangsa tertentu semata-mata dan tidak diikat dengan ‘tali’ Allah adalah seruan yang kabur malah boleh mengundang pecah belah dalam masyarakat, demikian pandangan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam dinding laman sosial facebooknya pagi tadi.
Perasmian Kompleks IKRAM Johor

JOHOR BAHARU – Ucapan dan majlis perasmian Kompleks IKRAM Johor telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad, pada pagi Sabtu, 23 April 2011.
Muzakarah Belia IKRAM Selangor
SHAH ALAM – Muzakarah Belia IKRAM Negeri Selangor telah selesai bersidang di Pejabat IKRAM Shah Alam pada Sabtu, 24 April 2011 yang lalu. Sebanyak 45 perwakilan belia IKRAM daerah menyertai program muzakarah kali ini daripada sembilan daerah di negeri Selangor. Muzakarah dirasmikan oleh Norazmi Mat Noh selaku Ketua Unit Belia IKRAM Pusat dan diteruskan dengan Pembentangan Pelan Strategik Belia IKRAM Selangor oleh Ketua Pemuda IKRAM Selangor, Shahrul Aman Shaari.
Hampir 2,000 ahli IKRAM sertai Muktamar Tarbawi Nasional 2010
SERDANG – Kira-kira 1,900 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berhimpun di Dewan B, Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kerana menghadiri Muktamar Tarbawi Nasional (MTN) 2010 IKRAM di sini.
Perpaduan UMNO-PAS perlu asas yang sama – Dr Parid
SERDANG – Kesatuan umat Islam hanya terbina jika setiap pihak mempunyai asas pegangan yang sama. Jika tidak, mustahil untuk umat bersatu selama mana masing-masing berpegang pada asas berbeza.