Perpaduan UMNO-PAS perlu asas yang sama – Dr Parid

Pendapat ini disuarakan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad  mengenai polemik perpaduan antara UMNO dengan PAS.

“Kesatuan umat memerlukan asas yang sama. Sukar untuk mewujudkan kesatuan ummah selama mana setiap pihak berpegang kepada asas yang berbeza,” ujarnya.

umno-pasMenurut Dr Parid (gambar), kesatuan dan kerjasama adalah dua perkara berbeza. Ketika berhadapan dengan berbagai-bagai isu, kerjasama antara dua parti politik ini boleh dilakukan bilamana wujud titik-titik pertemuan antara kedua-dua pihak bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam.

“Kesatuan lain, kerjasama lain. Kerjasama antara dua pihak boleh dijalankan sewaktu wujud titik-titik pertemuan.”

Beliau menegaskan bahawa asas kesatuan yang terbaik bagi umat Islam adalah berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ia bermaksud patuh kepada unjuran-unjuran dan ajaran Islam serta merujuk kepada golongan pakar yang berwibawa dalam memahami dan melaksanakannya.

Mengulas mengenai konflik antara agama, beliau menyeru kepada penyatuan rakyat tanpa prejudis kepada penganut agama yang lain.

Menurut beliau, kesatuan rakyat boleh dibina melalui toleransi dan tolak ansur apabila berdepan dengan perbezaan pandangan atau perbezaan anutan kepercayaan.

Tambahnya, setiap rakyat perlu melihat perbezaan itu sebagai kepelbagaian yang tidak menghalang wujudnya penyatuan dalam mendukung agenda negara dan agenda bersama.

“Hal ini hanya berlaku apabila mereka boleh menerima prinsip ‘unity and diversity’ (kesatuan dan kepelbagaian)”, tegasnya.

 

Sumber: www.malaysiaharmoni.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia