Zakat membersihkan harta suci, bukan kotor

Sepanjang tempoh perkhidmatan di pusat zakat, saya banyak menerima pertanyaan dan juga hasrat ramai orang yang ingin melakukan pembersihan terhadap sebahagian hartanya.

 

Ada yang ingin melakukan pembersihan kerana pernah terjebak dengan perbankan konvensional yang memberikan pulangan dalam bentuk faedah.

 

Ada juga yang ingin membersihkan hasil pendapatan yang pernah diperoleh yang mengandungi unsur syubhah atau haram seperti riba, gharar (transaksi yang mempunyai unsur kesamaran atau ketidaktentuan) dan seumpamanya. 

 

Namun demikian, berlaku sedikit kekeliruan dan salah faham segelintir mereka yang beranggapan harta-harta syubhah atau haram tersebut boleh dibersihkan dengan berzakat, mengikut kaedah kiraan zakat iaitu 2.5 peratus daripada harta perolehannya. 

 

Ini merupakan pemahaman yang silap, kerana zakat hanya diterima daripada sumber yang suci, halal lagi baik bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

 

إن الله طيب لا يقبل إلا طيبا

“Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik, dan tidak menerima kecuali yang baik.” (HR Muslim)

 

Justeru itu, kaedah penyucian atau pembersihannya adalah dengan menyerahkan keseluruhan harta perolehan syubhah atau haram tersebut kepada baitulmal atau diberi kepada kepentingan umum. Ini kaedah asal secara umum jika harta yang diperoleh tidak melibatkan hak orang lain secara spesifik dan tertentu.

 

Sebaliknya, apabila harta yang diperoleh melalui jalan kotor dan melibatkan pihak lain ataupun kepentingan umum seperti kecurian, rasuah, salah guna kuasa (atau yang biasa digelar jenayah kolar putih) dan seumpamanya, maka dalam hal ini kadangkala berlaku kekeliruan hatta kepada segelintir agamawan sekalipun.

 

Sehinggakan kita melihat ada kecenderungan segelintir yang gemar menyelaputi perbuatan memakan harta melalui jalan yang batil (umpamanya memberi atau menerima rasuah) dengan menderma sebahagian ‘hasilnya’ kepada anak yatim, menaja orang kampung membuat umrah dan sebagainya.

 

Contohnya, ‘hasil suapan rasuah’ diperoleh sebanyak RM100 juta, lalu RM10 juta didermakan. Melalui perbuatan ini, segelintir agamawan dan juga masyarakat awam akan melihat ‘hasil’ individu tersebut telah suci ibarat ‘air mutlak’ ataupun musta’mal, sah digunakan untuk bersuci daripada hadas (kecil atau besar).

 

Sama juga keadaannya apabila kita melihat segelintir pemimpin yang pergi mengerjakan umrah sunat sejurus setelah memperoleh kuasa pemerintahan melalui rampasan kuasa ataupun jalan khianat umpamanya untuk menutup kecurangan politik yang dilakukan. 

 

Selain itu, kadangkala kekeliruan berlaku apabila neraca untuk menilai pemimpin yang baik diletakkan pada perkara makruf yang bersifat hubungan dengan Tuhan.

 

Contohnya, kepandaian untuk berdoa atau mengimamkan solat semata-mata, akan tetapi kemungkaran pemimpin secara terang terangan seperti rasuah, salah guna kuasa, sogokan jawatan dan seumpamanya langsung tidak menjadi neraca untuk menilai pemimpin.

 

Hal ini kerana berkemungkinan segelintir masyarakat cepat terpesona dengan keperibadian dan amal kebajikan seseorang berbanding sikap kompeten dan tanggungjawabnya dalam melaksanakan amanah.

 

Kita langsung tidak mempertikai niat, keperibadian baik mahupun mempersoal ibadat yang ingin mereka lakukan, itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.

 

Namun, apabila titik buta (blind spot) seumpama ini tidak disedari, maka sikap segelintir individu yang berkepentingan akan berterusan mengaburi mata orang ramai dengan ibadat khusus (hubungan dengan Tuhan) mereka dengan mudah dan sewenang-wenangnya menutup kecurangan yang mereka kerjakan. 

 

Begitulah pemahaman segelintir masyarakat, mereka beranggapan kesemua kecurangan yang pernah dilakukan boleh ‘dibersihkan atau disucikan’ dengan semata-mata membuat ibadah (bersifat khusus), ibarat perbuatan seseorang membersihkan najis dengan menggunakan air kencing.

 

Hal ini berkemungkinan berpunca daripada kecelaruan neraca timbangan (mizan) dalam mengenal pasti sesuatu perkara. Setiap perbuatan ada neraca yang khusus, contohnya kecurangan yang berpunca daripada pengambilan hak orang lain perlu dibersihkan dengan mengembalikannya kepada empunya hak, justeru ia tidak akan selesai hanya dengan melaksanakan hak khusus terhadap Allah SWT. 

 

Justeru itu, masyarakat perlu dididik dengan kefahaman yang betul dan menimbang setiap sesuatu dengan neraca (mizan) yang tepat, agar tidak berlaku kecurangan dalam penilaian mahupun timbangan. Semoga kita semua dikurniakan kefahaman dan neraca yang betul dalam berfikir dan membuat penilaian. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

 

Muhammad Furqan Abdullah
Pegawai Zakat PPZ-MAIWP

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia