Yuran pengajian adalah nyawa pengoperasian sekolah swasta

IKRAM mengambil maklum bahawa pernyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai bayaran yuran pengajian pelajar di sekolah swasta seperti dilaporkan media.

 

“ ….. sekolah masih ditutup. Oleh kerana masih ditutup, tentu saja guru-guru di sekolah tersebut tidak mengajar pun. Jadi kos operasi di sekolah itu tidak ada. Mereka tidak bayar guru, tidak bayar staf dan lain-lain, kenapa pula ibu bapa yang anak mereka tidak belajar terpaksa bayar yuran walaupun separuh? ….. selagi sekolah tidak dibuka, saya harap tidak ada sekolah yang mengutip yuran daripada pelajar-pelajar.”

(Rujuk video lengkap di sini: http://english.astroawani.com/malaysia-videos/kalau-servis-tidak-diberikan-bayaran-tidak-perlu-diminta-ismail-sabri-1852732)

 

Pihak kami amat gusar dengan kenyataan Menteri Kanan berkenaan yang akan memberi kesan terhadap kelangsungan (survival) sekolah-sekolah swasta, terutamanya yang tidak berorientasikan keuntungan seperti sekolah-sekolah di bawah rangkaian IKRAM MUSLEH.

 

Seperti dimaklumi, kos operasi sekolah persendirian adalah bergantung hampir sepenuhnya kepada yuran-yuran pengajian sekolah setiap bulan. Sebahagian besar daripada pendapatan ini diperuntukkan kepada penggajian guru dan staf sekolah. Bagi sekolah-sekolah yang berorientasikan kebajikan seperti sekolah-sekolah di bawah rangkaian IKRAM MUSLEH, kemungkinan gulung tikar amat besar jika ibu bapa tidak membayar yuran bulanan seperti yang ditetapkan.

 

Sekolah persendirian telah akur dengan arahan-arahan pihak kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan guru tidak dapat melaksanakan PdPC bersemuka seperti biasa. Pada 17 Mei 2020 yang lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) sendiri mengingatkan bahawa sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa tidak dibenarkan beroperasi.

(Berita lengkap di sini http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-swasta-antarabangsa-diingatkan-tidak-dibuka-ismail-243323)

 

Atas rasa amanah dan bertanggungjawab serta mengikut Surat Siaran KPM bertarikh 27 Mac 2020, sekolah-sekolah persendirian telah menjalankan pelbagai inisiatif dan inovasi dalam proses pendidikan termasuklah PdP, program kokurikulum dan program pentarbiahan pelajar secara maya. Hampir kesemua inisiatif dan inovasi tersebut dilaksanakan dalam talian semenjak tarikh mula PKP pada 18 Mac 2020 sehingga sekarang. Jelasnya guru-guru bukan sahaja menjalankan tugas mengajar malah lebih daripada itu.

 

Sekolah-sekolah ini juga telah akur dengan arahan bahawa mana-mana institusi tidak dibenarkan memberhentikan pekerjanya, malah pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi memastikan pemberhentian tidak dilakukan. Bukan mudah untuk sekolah-sekolah swasta memberhentikan guru, mengelakkan dari membayar gaji guru atau mengurangkan gaji apalagi apabila mereka tetap ditugaskan untuk menjalankan aktiviti PdPC walaupun secara dalam talian.

 

Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan bahawa pihak pendidikan swasta telah berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam pembangunan negara (nation building) dengan memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Tambahan pula, pihak pendidikan persendirian/swasta (di pelbagai peringkat) telah menyediakan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada rakyat. Pengalaman dan kepakaran pihak pendidikan persendirian/swasta (di pelbagai peringkat) juga dikongsikan dengan pihak KPM bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara berterusan.

 

Dengan ini, pihak IKRAM MUSLEH memohon YB Menteri Kanan Keselamatan akan perkara-perkara berikut:

1. Menarik balik kenyataan beliau berkaitan isu yuran pengajian pelajar sekolah swasta.

2. Mengiktiraf dan memberi sokongan penuh kepada usaha pendidikan swasta dalam pembangunan negara (nation building).

3. Membenarkan sekolah-sekolah swasta beroperasi dengan SOP sendiri dengan mengambil kira peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia