Yayasan Ikram Malaysia, MyCARE Giat Bantu Mangsa Banjir

Yayasan Ikram Malaysia, MyCARE Giat Bantu Mangsa Banjir

SERI KEMBANGAN – Selepas seminggu dilanda banjir, sukarelawan i-Bantu Yayasan IKRAM Malaysia dengan kerjasama MyCARE dan Badan Kebajikan Al-Nur masih giat meneruskan misi bantuan.

Dalam misi hari kedua, mereka mendapati kesan banjir di dalam rumah yang melepasi paras kepala, banyak barangan rosak ditenggelami air di Taman Desa Wira Jaya, Lubok Jong, Pasir Mas dan melaksanakan operasi membersih dan mengemas rumah mangsa yang terjejas.

Dilaporkan, penduduk sekitar terpaksa menanggung banyak kerugian akibat bencana ini dan ramai penduduk yang masih memerlukan bantuan membersih rumah mereka yang mempunyai kesan lumpur.

Kehadiran sukarelawan yang bertungkus lumus membantu membersihkan rumah sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir.

Dalam pada itu, pasukan Misi Banjir MyCARE menyediakan 100 pek makanan asas untuk diedarkan ke Kampung Jubakar, Kubang Bemban, Kubang Panjang dan Kok Keli Tumpat, Kelantan.

Di Terengganu, Hujan Monsun yang melanda pantai timur sekali gus mengakibatkan banjir di beberapa daerah di Terengganu – Kuala Nerus, Setiu, Besut khususnya di Hulu Besut yang mengalami kesan terburuk.

IKRAM Terengganu bersama Yayasan Ikram Malaysia dan MyCARE telah turun ke lapangan pada 24 dan 25 Disember bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

Pasukan mereka berserta sukarelawan Harmoni UNISZA telah membantu kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa-mangsa terlibat dan juga agihan bahan keperluan di sekitar Bukit Payung, Hulu Besut, manakala IKRAM Kuala Nerus juga sempat terlibat dalam pembersihan SMA Ittifakiah, Jertih.

Manakala, IKRAM Kemaman bersama Yayasan Ikram Malaysia telah menyampaikan sumbangan keperluan di Kampung Pasir Gajah dan beberapa kawasan yang terkesan banjir.

Selain itu, di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, sumbangan keperluan juga disalurkan ke kawasan-kawasan yang terkesan. 

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat serta dapat meringankan juga agensi-agensi dan NGO lain yang membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Ayuh bersama ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda melalui pautan https://mycare.qrd.by/bencana atau http://billplz.com/caknabanjir

Info lanjut, sila layari https://www.facebook.com/YayasanIkramMalaysia dan https://www.facebook.com/mycarehq.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia