XPERT 2011 latih remaja berkomunikasi dengan masyarakat

Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan di mana seramai 162 orang remaja telah menyertainya dari segenap penjuru Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 95 peserta perempuan dan 67 peserta lelaki. Sesi pendaftaran dijalankan pada 9 Disember 2011 seawal jam 8.30 pagi. Sebaik sahaja sesi pendaftaran selesai, kesemua peserta yang mewakili kontinjen masing-masing akhirnya dikumpulkan di bawah satu bumbung bagi sesi taaruf.

XPERT adalah program ketiga ‘PRODUCE’ bagi Gen-6. Pihak penganjur telah menyusun pelbagai aktiviti yang lebih berorientasikan ‘outdoor’ dengan objektif melatih berkomunikasi dengan masyarakat, membina jati diri ketika berdepan dengan isu-isu kemasyarakatan dan mewujudkan jalinan ukhuwah sesama peserta.

Nasyid ‘Gelombang Keadilan’ telah dipilih sebagai tema XPERT kali ini bagi menaikkan semangat juang peserta. Antara slot dalam XPERT yang telah disusun ialah Ice Breaking, Kais Pagi Makan Pagi, Khidmat Masyarakat Ketika Bencana (DERU), Explorace 1KL, Perkongsian Video Editing serta Qiam Fardi dan Jamaie.

Slot paling menarik dalam XPERT adalah Explorace 1KL di mana setiap kumpulan diminta melalui beberapa checkpoint di sekitar Kuala Lumpur. Untuk melepasi satu-satu checkpoint, kumpulan tersebut diminta melaksanakan tugasan berkumpulan untuk mendapatkan klu untuk ke checkpoint seterusnya.

Dalam checkpoint 1, setiap kumpulan perlu selesaikan soalan Sudoku tahap 5. Checkpoint kedua di KLCC, semua ahli kumpulan perlu bergambar dengan pelancong asing, tukang sapu, petugas keselamatan, family, remaja, bayi, orang Cina dan India. Checkpoint ketiga di Bukit Bintang, setiap kumpulan diberi tugasan untuk menemuramah tiga orang remaja dengan soalan-soalan yang telah disediakan penganjur.

Di checkpoint 4 di Pasar Seni, setiap kumpulan perlu berjumpa dan menemuramah Non-Muslim mengenai Islam. Di checkpoint 5 di Masjid Negara, setiap kumpulan perlu mencari sejarah Masjid Negara dengan menemuramah petugas di sana. Ahli kumpulan turut melalui checkpoint 6 dan checkpoint 7 sebelum berakhir di Sekolah Islam ADNI.

Program 3 hari 2 malam ini berjaya membina ukhuwah yang mantap bukan sahaja antara peserta malah kepada para fasilitator juga. Jurang perbezaan antara negeri dan sekolah juga mula dirapatkan. Acara akhir XPERT adalah ucapan daripada Ketua Program, Abang Hafiz Bai, dan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dari setiap kumpulan yang bertanding. Sebanyak 17 kumpulan telah bertanding dengan penuh semangat selama 3 hari.

Sebelum majlis bersurai, sesi bergambar telah diadakan. Dalam kesempatan yang sama, pihak penganjur telah menyerahkan sumbangan sejumlah RM3,890 kepada sekretariat Program Back2School IKRAM Daerah Batu. Sumbangan ini merupakan hasil jualan para peserta semasa slot “Kais Pagi Makan Pagi“ di mana setiap kumpulan perlu berniaga samada dari segi jualan ataupun perkhidmatan untuk mengumpul dana persekolahan untuk kanak-kanak yang memerlukan. Pihak penganjur juga berharap agar para peserta XPERT 2011 dapat mengikuti program sambungan ‘XCELL’ untuk tahun depan.

Pihak penganjur, IKRAMTeens sangat menghargai peranan fasilitator XPERT yang sudi mengorbankan masa dan tenaga demi membantu kelancaran program kali ini iaitu Atiq Jer, Siraaj Muneer, Syed Safwan, Atif, Mun’im, Sulaim, Farhana, Hafizah, Amirah, Tasneem, Maryam dan Hidayah dan juga para pengiring peserta setiap negeri. Tahniah IKRAMTeens. Semoga Allah mengganjari pahala atas segala keikhlasan kalian dalam membentuk remaja yang soleh dan musleh.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia