WHO beri nama baharu varian Covid-19

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan varian Covid-19 dengan nama baharu untuk elak stigma dan memudahkan perbincangan.

 
Varian United Kingdom kini dikenali sebagai varian Alpha, Afrika Selatan sebagai Beta, Brazil sebagai Gamma dan India sebagai Delta.

 

“Tidak ada negara yang harus terima stigma untuk mengesan dan melaporkan varian,” tegas ahli epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove.

 

Walaupun dikritik, WHO berpendapat tindakan menamakan semula varian-varian itu dibuat memandangkan nama saintifik seperti B.1.351, 501Y.V2 dan 20H/501Y.V2 yang diberikan para saintis terlalu panjang dan rumit.

 

“Nama saintifik tersebut sukar disebut dan diingati dan cenderung untuk disalah lapor.”

 

Jelas beliau, ini adalah untuk menjejaki evolusi varian berdasarkan turutan varian mana yang muncul dahulu.

 

“Dari segi sejarah, virus sering dikaitkan dengan lokasi dari mana mereka dianggap muncul seperti Ebola yang dinamakan sempena Sungai Congo,” ujarnya.

 

Menurutnya lagi, ini boleh merosakkan tempat-tempat dan sering tidak tepat seperti apa yang disebut wabak ‘Spanish Flu’ pada tahun 1918 walaupun asalnya tidak diketahui.

 

Dalam pada itu, data terbaharu Johns Hopkins University melaporkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 170.47 juta kes, berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

 

Negara Amerika Syarikat (AS) kekal paling teruk terjejas dengan lebih 33.26 juta kes. Ini diikuti India dengan 28.04 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.51 juta kes.

 

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia, seterusnya United Kingdom dan Itali merekodkan kes melebihi 4 juta. Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes pula termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

 

Berdasarkan data itu juga, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.54 juta kes dan AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 594,000 kes.

 

Ini diikuti Brazil dengan lebih 461,000 kes; India lebih 329,000 kes; Mexico lebih 223,000 kes, sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

 

Di Asia Tenggara pula, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 50,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 kes dan diikuti Myanmar dengan 3,216 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia