Wanita, pereka fesyen kena terima teguran

Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim berkata, ia berikutan pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang menegur agar pereka fesyen patuh syariah. 

“Secara umum IKRAM amat bersetuju dan menyambut baik teguran khususnya kepada wanita Islam, fikirkan sudut positif terhadap teguran ini atau mempolemikkan lagi teguran beliau dengan pelbagai tafsiran.

“Untuk membina masyarakat sejahtera teguran yang positif dan membina adalah merupakan satu budaya yang sihat ke arah membina masyarakat yang saling tolong menolong ke arah kebaikan,” katanya ketika mengulas berhubung teguran mufti kepada pereka tudung agar patuh syariah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pereka tudung perlu ikut syariat Islam]

Hafidzah berkata, Islam sebagai agama dan cara hidup yang lengkap mempunyai konsep kesederhanaan jauh dari sebarang ekstremisme.

“Dalam bertudung atau berhijab pun konsepnya adalah mudah namun tidak boleh di pandang mudah, tudung hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak boleh memakai sanggul tinggi dan bukan untuk bermegah dan bermegah-megah.

“Tujuan pemakaian tudung paling utama agar wanita Islam lebih dikenali sebagai wanita yang suci dan bermaruah.

Tambahnya, pemakaian hijab mengikut syariah berkadar terus kefahaman seseorang terhadap hikmah perintah berhijab itu sendiri oleh ALLAH SWT.

Katanya, IKRAM yakin jika wanita Islam itu faham tentang hikmah bertudung semakin dia akan patuh syariah

Malah, menurutnya, tujuan alim ulama dan bijak pandai untuk menasihati adalah hikmah untuk memastikan negara terus aman dan dirahmati.

Sumber: Sinar Harian | 5 April 2016 | http://bit.ly/1qr4scI

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia