Wanita JIM ‘Memantapkan Dakwah Memimpin Perubahan’

Selesai pengacara, Puan Nahdia Ariffin mengajak kira-kira 90 perwakilan dan 50 pemerhati membaca surah al-Fatihah sebagai pembuka majlis, beliau menjemput adik Muhammad bin Zahid, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dari surah Ali Imran.

Majlis seterusnya dikendalikan oleh Pengerusi Tetap Wanita JIM Pusat, Pn Rosliya Abbas yang mengalu-alukan para hadirin termasuk Presiden JIM Hj Zaid Kamaruddin, Timbalan Presiden Tuan Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Agung Hj Nahar Md Nor serta dua Naib Presiden Prof Dr Sahrim Ahmad dan Prof Madya Dr Hjh Harlina Halizah Siraj yang mewakili jawatankuasa pusat (JKP). Turut hadir mantan Naib Presiden Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan Yang Dipertua JIM Kuala Lumpur Sdr Roshasni Marjumat. Pengerusi kemudiannya mempersilakan Setiausaha Kehormat Pn Anfal Saari untuk berucap, diikuti Presiden JIM untuk menyampaikan ucapan perasmian PPWN.

Hj Zaid dalam ucapannya berkata, beliau sangat bersetuju dengan tema PPWN kali ini khususnya bahagian kedua, ‘Memimpin Perubahan’. Beliau mengajak para hadirin mengimbas kembali bagaimana rakyat Mesir bangkit menggulingkan bekas Presidennya, Hosni Mubarak beberapa bulan lalu. Ia dimulakan dengan seorang wanita yang menyeru warga Mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah menggunakan saluran media baru. Kini, ketika Mesir ditadbir sementara oleh tentera, protes rakyat memuncak kembali apabila beberapa anggota tentera mengasari seorang wanita dan mendedahkan auratnya. Imej dan klip video insiden ini dipaparkan di seluruh dunia, mengundang kemarahan ramai dan mencalarkan imej tentera Mesir.

Dalam konteks Malaysia, kata beliau lagi, dua cabaran utama dalam memperjuangkan isu wanita harus ditangani. Cabaran pertama ialah bagaimana hendak mewujudkan kesatuan pemikiran atau fikrah perjuangan wanita baik di peringkat nasional mahupun global, manakala cabaran kedua ialah tiadanya pihak yang benar-benar memimpin isu wanita ini secara wajar dan benar.

Presiden mengakhiri ucapannya dengan menyeru para perwakilan supaya keluar dari zon selesa, meneruskan perjuangan dan jangan menoleh ke belakang, sesuai dengan konsep ‘hijrah’ kepada sesuatu yang lebih baik. Beliau kemudiannya dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ merasmikan PPWN ke-18 yang merupakan PPWN terakhir ini, sebelum memberi laluan kepada Ketua Wanita JIM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim untuk menyampaikan ucapan dasarnya.

Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) JIM akan diadakan di tempat yang sama esok.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia