Wanita IKRAM, SALIMAH Perak anjur Seminar Wanita Sejahtera Di Bawah Naungan Syariah

Seminar setengah hari bertujuan untuk mengupas isu-isu berkaitan wanita dan memberikan perspektif sebenar mengenai keistimewaan kedudukan wanita dalam syariat Islam agar masyarakat boleh mula memahami manfaat pelaksanaan syariat.

Program yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Perak, Haji Yahanis Yahya telah dihadiri kira-kira 232 orang peserta mewakili pelbagai NGO, institusi dan komuniti antaranya SALIMAH, Persatuan Ibu Tunggal, Perak Women For Women (PWW), Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, Seruan Islam, Kariah-kariah masjid, Mahasiawa UPSI, RCMP, KUISAS, PUO, Kolej Profesional Mara Perak, Hospital Bahagia Ulu Kinta, HTM dan TRK.

    

Ucaptama Ketua Wanita IKRAM, forum dan antara peserta yang hadir

Ucaptama seminar “Wanita, Kau Begitu Istimewa” telah disampaikan oleh Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim membuka tirai dengan menjelaskan tentang Piagam Wanita Islam yang digubal oleh Wanita IKRAM.

Melaui forum “Wanita, Undang-undang dan Hak Asasi Manusia”, pelbagai jenis soalan daripada para peserta telah diajukan dan dapat dirungkai dengan jelas oleh ahli-ahli panel yang merupakan pakar undang-undang syariah iaitu Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar dan Peguam Syarie, Puan Sazira Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Wanita IKRAM.

Dipengerusikan oleh Puan Noor Faizah Sidek, soalan-soalan yang terkumpul daripada para peserta membuktikan masyarakat sangat ingin mengetahui lebih lanjut lagi perkara-perkara berkaitan undang-undang syariah yang menyentuh pelbagai isu dan dekat di hati para wanita.

Sekalung penghargaan kepada Wanita IKRAM Perak dan SALIMAH Perak atas usaha penganjuran seminar ini untuk bersama-sama menjayakan perkongsian dua hala ke arah “Masyarakat Celik Syariah”.

Ketua Wanita IKRAM Perak, Hajah Muzdalifah Mokhtadi dalam ucapan penutupnya melahirkan rasa terharu dengan kerjasama semua pihak dan sambutan yang amat menggalakkan dalam seminar ini dan pihaknya akan merancang dan meneruskan penganjuran bersama Seminar Wanita dan Syariah secara bersiri pada masa akan datang, insya-Allah.

Sumber: http://on.fb.me/1UOCEw0

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia