Wanita IKRAM bantah kenyataan menghina wanita

Tindakan beliau mengumpamakan kenaikan kadar penilaian hartanah dengan wanita adalah amat dikesali dan bertentangan dengan tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, yang dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; “Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera”.

Walaupun menteri ini telah menyatakan permohonan maafnya, namun kenyataan seperti ini tidak wajar dan tidak patut keluar dari mulut seorang pemimpin kerajaan. Tanpa perubahan mental dan sikap, ia hanya akan tinggal retorik semata-mata dan wanita akan terus menjadi bahan lelucon  dan penghinaan seperti ini dari masa ke semasa.

Wanita IKRAM Malaysia sangat memandang berat tentang isu ini, kerana ini bukanlah kali pertama wakil-wakil rakyat membuat kenyataan menghina wanita seperti ini. Pada 9 Mei 2007, dua ahli parlimen Datuk Mohd Said Yusof dan Datuk Bung Mokhtar Radin telah membuat kenyataan yang didakwa menghina wanita di Dewan Rakyat dan ianya telah  mendapat bantahan kumpulan wanita seluruh negara.

Apakah yang boleh diharapkan jika pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi negara tidak peka dengan teguran ini, dan tidak dapat menunjukkan contoh yang baik untuk rakyat jelata? Seharusnya, kita semua merasa insaf dan menghentikan budaya ketinggalan zaman ini, budaya merendah-rendah dan menghina-hina khususnya wanita kerana ini adalah budaya tidak bertamaddun.

Kita juga perlu sedari bahawa lelaki yang menghina wanita adalah menghina diri sendiri, kerana wanita adalah ibu yang melahirkannya, isteri yang mendampinginya, saudara perempuan dan anak perempuan permata hatinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:  “Wanita itu syaqaiq –iaitu saudara perempuan seibu sebapa – bagi kaum lelaki.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Musnad: 5869, dan juga Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)

Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan yang benar sepanjang zaman sudah pun mengingatkan kita sejak 1,435 tahun lalu dalam khutbah wada’ yang terkenal itu:  “ Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.”

Nasihat ini diamalkan oleh generasi seterusnya sehingga Khalifah Islam kedua, Sayyidina Umar r.a. menyebutkan: ”Pada zaman jahiliyah, kami tidak mengambil berat sedikit pun tentang wanita. Namun ketika Islam datang dan Allah s.w.t. menjelaskan perihal mereka, maka kami tahu mereka mempunyai hak ke atas kami.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Wanita IKRAM berharap peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran untuk semua pihak, khususnya golongan pemimpin dan tunjuklah contoh kepimpinan yang baik terhadap semua lapisan masyarakat khususnya wanita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga ini adalah kali terakhir wanita dihina dan dijadikan bahan lelucon di khalayak ramai seperti ini. Kami yakin dan pasti ramai lagi golongan masyarakat yang menghormati wanita di luar sana.


Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita IKRAM Pusat

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia