Wakil Khas Setiausaha AS lawat Raudhatus Sakinah

Beliau telah datang bersama Setiausahanya, Sarah dan seorang wakil Kedutaan AS di Malaysia, Celina. Farah berasal dan dilahirkan di Srinagar, Kashmir, India yang mana keluarganya berhijrah ke AS ketika berusia setahun. Setelah sesi penerangan bersama Pengarah RS Pusat, Puan Rosmawati Zainal dan Pengerusi RS Selangor, Puan Yusnani Abdul Hamid, Farah dan rombongannya dibawa berjumpa dengan pelatih-pelatih RS seramai 25 orang yang berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Beliau berkongsi dengan pelatih pengalaman beliau melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di AS. Menurutnya, pelatih perlu ada fokus. Fokus yang kecil dahulu, seperti orang yang hendak menawan gunung , mustahil boleh terus berada di puncak. Sebagai pelajar, fokus untuk belajar dan lulus dengan cemerlang . Mereka tidak wajar membabitkan diri dengan perkara-perkara yang menghilangkan fokus. Apabila telah berjaya pada peringkat pertama teruskan usaha dan bina fokus seterusnya.

Beliau turut berkongsi pengalaman kesusahan apabila keluarganya berhijrah ke Amerika bersama ibubapa, adik lelakinya dan dua orang bapa saudara. Kedua ibubapanya bercerai ketika usianya 10 tahun, menjadikan ibunya yang juga seorang doktor pediatrik, terpaksa bekerja keras membesarkan mereka dua beradik dengan taraf hidup yang tinggi di sana. Beliau bertekad untuk belajar bersungguh-sunguh kerana mahu membalas jasa ibunya.

Beliau yang juga memiliki Sarjana Undang-undang dan Diplomasi di Tufts University di Boston berkata, sejak kecil beliau selalu dibawa ke masjid. Apabila berada di sekolah rendah, beliau membantu menjaga anak-anak kecil di masjid dan sangat berminat dengan kerja-kerja kebajikan.

Farah menzahirkan rasa simpatinya terhadap apa yang telah dilalui oleh pelatih sebelum mereka masuk ke RS. Namun katanya, pelatih-pelatih RS amat bertuah untuk berada dalam suasana sekarang. Semua orang hebat yang pernah ditemuinya tiada seorang pun yang tidak pernah membuat kesilapan.

Oleh itu, beliau menyarankan pelatih-pelatih RS supaya mengambil peluang untuk merubah dan meningkatkan kemahiran diri. Setiap cabaran yang dihadapi harus dilalui dengan sabar dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Dan pastinya  setiap usaha itu datang bersama pengorbanan.

Kesilapan lampau bukan pengakhiran kehidupan mereka. Setiap yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri. Mereka harus terus berjuang meningkatkan diri menjadi yang terbaik dan bergerak maju ke hadapan. Kesungguhan untuk merubah diri bukan sahaja akan meyakinkan ibubapa bahkan juga diterima baik oleh keluarga dan masyarakat.

Setelah berkongsi pelbagai cerita dan persoalan selama hampir sejam, pelatih-pelatih RS sangat teruja untuk bertemu lagi dengannya. Farah mengesyorkan mereka untuk ’add friend’ dalam Facebook beliau dan berkongsi perkembangan mereka kepadanya.

Salah seorang pelatih RS turut menzahirkan impiannya untuk bukan sekadar menjadi baik bahkan juga mahu membaikkan orang lain (soleh wa musleh). Farah juga terkesan dan kagum dengan sikap dan penerimaan baik pelatih-pelatih RS terhadap kunjungan mereka ke sana.

 

Gambar ihsan: Facebook Raudhatus Sakinah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia