Wajibkan Pilihan Bahasa Melayu Dalam Aplikasi Digital

Beberapa hari yang lalu, saya telah membantu rakan saya memberikan panduan untuk melakukan transaksi pemindahan wang melalui aplikasi perbankan Internet dalam telefon mudah alihnya.

Namun, yang menjadi penghalang yang cukup besar buatnya adalah untuk menghafal langkah demi langkah bagi menyempurnakan transaksi tersebut. 

Kesukaran memahami dan menghafal langkah-langkah tersebut adalah disebabkan oleh penguasaannya dalam bahasa Inggeris yang agak lemah. 

Maka, bagi mengatasi masalah tersebut, beliau terpaksa menyalin langkah demi langkah tersebut mengikut turutan dalam sehelai kertas. 

Umum mengetahui bahawa kebanyakan aplikasi perbankan Internet dalam negara ini lazimnya menyediakan antara muka (interface) dalam medium berbahasa Inggeris. 

Hanya sedikit sahaja, jika ada, aplikasi perbankan digital yang terlebih dahulu menawarkan pelanggannya untuk memilih antara muka bahasa Melayu. 

Bukan Hanya Dalam Perbankan

Penggunaan bahasa Inggeris secara lalai ini tidak hanya terhad dalam aplikasi perbankan. Penggunaan sistem titik jualan (Point of Sale, POS) yang digunakan dalam kebanyakan kaunter juruwang juga kebanyakannya disediakan dalam bahasa Inggeris.

Hasilnya, resit jualan yang diberikan kepada pelanggan juga lazimnya adalah dalam bahasa Inggeris. 

Malah, sistem POS yang disepadukan dengan laporan jualan dan stok juga kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris, menyukarkan lagi peniaga kecil luar bandar bagi memahami laporan tersebut secara tuntas. 

Mungkin ramai antara kita yang akan menyalahkan pihak tersebut yang tidak mampu menguasai bahasa Inggeris yang asas dengan baik sehingga hanya mampu menghafal buta-buta langkah-langkah mengendalikan aplikasi digital tersebut.

Namun, jika kita percaya dengan ungkapan “Tidak Melayu hilang di dunia,” kita sepatutnya lebih bersemangat bagi memartabatkan bahasa Melayu bagi membuktikan bahawa bahasa ini juga relevan dalam penggunaan aplikasi dan perisian digital.

Martabatkan Bahasa Melayu

Lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan sendiri untuk mendigitalkan Malaysia, usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam aplikasi digital seharusnya diperkasakan.

Contohnya, sudah terdapat sebahagian besar cawangan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Klinik Kesihatan yang hanya menerima kaedah bayaran tanpa tunai seperti kad dan kad debit sahaja.

Dalam transaksi ini, sudah tentulah resit bayaran tanpa tunai tersebut akan diberikan kepada pelanggan. Pelanggan yang menyimpan resit transaksi kad tersebut tidak semuanya benar-benar mahir bahasa Inggeris.

Ini seterusnya berpotensi menyukarkan mereka mengenal pasti masalah yang mungkin dihadapi dalam transaksi tersebut jika mereka sendiri tidak faham apa yang dinyatakan dalam resit berbahasa Inggeris tersebut.

Kembali pula kepada transaksi aplikasi perbankan Internet pula, kurangnya tawaran antara muka berbahasa Melayu akan menyukarkan rakyat negara ini terutamanya penduduk luar bandar bagi menyesuaikan diri dengan usaha pendigitalan Malaysia.

Katakan suatu hari nanti, hanya aplikasi perbankan dalam Internet merupakan saluran bagi transaksi bayaran tanpa tunai, hal ini akan menyukarkan mereka yang benar-benar terdesak melakukan transaksi tersebut hanya kerana tiada alternatif bahasa Melayu yang berkesan bagi melaksanakan tujuan tersebut.

Malah lebih parah lagi, kurangnya sumber dan tawaran antara muka bahasa Melayu dalam pendigitalan Malaysia mungkin menyebabkan lebih ramai pengguna yang berdepan masalah penipuan oleh pemangsa.

Tindakan Proaktif Kerajaan

Bagi merealisasikan usaha memartabatkan bahasa Melayu demi kemandirian digital rakyat Malaysia, kerajaan boleh melakukan tindakan proaktif, sama ada dengan mewajibkannya melalui undang-undang mahupun memberi insentif kepada pemain industri.

Melalui undang-undang contohnya, kerajaan boleh mempertimbangkan mewujudkan akta bagi mewajibkan semua syarikat penyedia aplikasi dan perisian digital untuk sekurang-kurangnya menawarkan pilihan bahasa Melayu dalam antara muka perisian mereka kepada pelanggan.

Selain jalan undang-undang, kerajaan juga boleh menawarkan insentif tempoh terhad kepada pemain industri yang menyediakan pilihan bahasa Melayu secara lalai dalam antara muka perisian mereka. 

Contoh insentif menarik yang boleh diberikan ialah pengecualian cukai perniagaan bagi merangsang lagi penyedia perisian digital mengguna pakai bahasa Melayu dalam antara muka perisian mereka.

Mahu tidak mahu, dunia kini sudah menuju alam pendigitalan gaya hidup semaksimum mungkin. 

Namun, pendigitalan Malaysia tidak seharusnya membelakangi keperluan rakyat marhaen bagi menyesuaikan diri dengan gerakan ini.

Sesuai dengan latar belakang Perdana Menteri (PM) ke-10 kita ini iaitu lulusan Pengajian Bahasa Melayu, sekaranglah masanya untuk kerajaan mula menggerakkan usaha memartabatkan bahasa Melayu bagi kemandirian digital rakyat Malaysia.

Wan Salman Wan Sallam
Aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia