Wajib sokong Morsi – Dr Yusuf al-Qaradawi

Ini adalah fatwa yang aku keluarkan untuk semua rakyat Mesir, siapa yang beriman dan bertuhankan Allah, beragamakan Islam, menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan apabila berlaku kekeliruan, yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai Rasul dan Nabi dan menjadikan syariat Islam dengan segala kesyumulan, kesempurnaan dan keseimbangannya sebagai ikutan. Ketika berlaku masalah-masalah, dan  penyelesaian manusia dari kiri dan kanan, mereka pasti mendapat penyelesaian terbaik dan paling suci daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

“Siapa yang Allah tidak jadikan kepadanya cahaya, maka dia tidak akan beroleh cahaya petunjuk.”

Rumusan fatwa saya ini, yang juga dibantu oleh ramai ulama’ al-Azhar, ulama seluruh dunia Arab dan Sunni Islam, dan juga ulama’ daripada Kesatuan Ulama Antarabangsa yang mana saya selaku Pengerusinya:

Rakyat Mesir semenjak 30 tahun (juga boleh dikatakan 60 tahun) lalu tidak pernah berpeluang untuk memilih Presiden negara mereka sendiri sehinggalah Allah memberi peluang tersebut lalu mereka dengan kehendak dan pilihan sendiri telah memilih Presiden Muhammad Morsi sebagai Presiden mereka. Mereka telah memberikan akujanji dan ikrar untuk mendengar dan mentaati dalam keadaan susah atau senang, dalam perkara yang mereka sukai ataupun tidak.

Semua kelompok penduduk sama ada masyarakat awam atau tentera, pemerintah mahupun rakyat termasuklah Jeneral Abdul Fattah as-Siisi yang merupakan Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera dalam kementerian yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dr Hisham Qandil, telah bersumpah dan berbaiah di hadapan mata kita semua untuk mendengar dan mentaati Presiden Morsi.

Dia telah melaksanakan ketaatannya itu sehinggalah kita melihat dia berubah daripada seorang menteri tiba-tiba menjadi seorang yang mempunyai kuasa tertinggi yang dengannya menjadi alasan untuk memecat Presidennya sendiri. Dia telah melanggar baiahnya dan memihak kepada satu pihak menentang satu pihak yang lain dengan mendakwa kononnya dia memihak kepada majoriti rakyat Mesir. Jeneral As-Siisi dan mereka yang sepertinya ini telah melakukan kesilapan sama ada dari aspek perlembagaan dan juga aspek syariat.

Dari aspek perlembagaan, Presiden sah yang terpilih melalui pilihanraya yang demokratik , tanpa syak dan ragu perlu meneruskan kerja-kerja dan portfolionya sepanjang masa mandat Presiden iaitu selama 4 tahun, selagimana dia berupaya meneruskan kerjanya, dan tidak mengalami sesuatu yang mencacatkan kerjanya. Sekiranya dia ada salah, dia sendiri telah mengakuinya. Dengan itu, rakyat, dan kuasa politik yang pelbagai boleh membaiki kesilapannya itu, menasihatinya dengan sabar. Namun dia masih tetap Presiden kepada semua rakyat Mesir.

Namun, jika satu kelompok rakyat keluar dari mentaati Presidennya, dan memberikan kuasa kepada diri mereka untuk menguasai rakyat, memecat Presiden dan membatalkan perlembagaan negara mereka sendiri, seterusnya melantik Presiden yang lain, dan perlembagaan yang lain; semuanya ini adalah kerja-kerja batil. Ini kerana mereka telah mencipta kekuasaan yang tidak bersumberkan kepada rakyat, bahkan mereka telah melanggar janji mereka dengan Allah dan melanggar janji mereka dengan rakyat.

Mereka juga telah membatalkan pencapaian revolusi rakyat Mesir yang hebat itu, yang mana dengan revolusi tersebut, rakyat berjaya membangunkan negara demokrasi yang telah lama diimpikan, mereka sanggup berkorban selama puluhan tahun sehingga mereka berjaya mendapatkannya. Oleh itu perlembagaan Mesir dan sistem demokrasi menolak segala proses dan dekri yang tidak menurut prinsip undang-undang dan perlembagaan.

Manakala dari aspek syariat pula; Syariat islam yang diingini oleh penduduk Mesir adalah menjadi sumber rujukan mereka untuk mendirikan negara madani , bukannya negara agama teokratik. Oleh itu wajib kepada siapa sahaja yang beriman dan merujuk kepada syariat Islam ini untuk mentaati Presiden mereka yang sah, melaksanakan arahannya dan menerima segala nasihat dan taklimatnya dalam dalam semua aspek kehidupan dengan 2 syarat:

Syarat Pertama: Dia secara terang-terangan tidak menyuruh rakyatnya melakukan maksiat kepada Allah. Inilah yang ditunjukkan oleh banyak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain perawi. Antaranya:


“اسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة” عن أنس بن مالك.

Maksudnya: “Dengar dan taatlah walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habsyi yang kepalanya hitam seperti buah zabib.  

“من رأى من أميره شيئا يكرهه، فليصبر، فإنه ليس أحد يفارق الجماعة شبرا، فيموت، إلا مات ميتة جاهلية” عن ابن عباس.

Maksudnya: Siapa yang melihat ketuanya perkara-perkara yang tidak disenanginya, maka hendaklah dia bersabar kerana setiap orang yang meninggal jamaah muslimin walaupun satu hasta lalu dia mati, matinya itu adalah dalam keadaan mati seorang jahiliah.

“السمع والطاعة حق على المرء المسلم، فيما أحب وكره، مالم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية، فلا سمع ولا طاعة” عن ابن عمر.

Maksudnya: Dengar dan taat adalah hak wajib ke atas seorang muslim samada dalam perkara yang dia suka ataupun benci, selagi mana tidak diperintahkan mengerjakan maksud. Jika dia diperintah mengerjakan maksiat, tiada lagi kewajiban dengar dan taat.

Rasulullah berkata kepada Ali RA: “Sesungguhnya taat itu dalam perkara makruf”.

Inilah juga perkara yang ditunjukkan oleh al-Quran mengenai Baiah an-Nisaa’ di Aqabah dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kamu jangan menderhakainya dalam perkara makruf”.

Kita tidak pernah lihat daripada Dr Muhammad Morsi apa yang boleh disabitkan sebagai arahan maksiat secara terang-terangan darinya. Bahkan apa yang dikatakan dan emosi beliau dalam demonstrasi di Dataran Tahrir sebelum ini adalah kebaikan dan kelebihannya, bukan kekurangannya.

Syarat kedua: Dia tidak mengeluarkan arahan-arahan yang boleh mengeluarkan rakyatnya daripada agama mereka dan menjadi kafir yang nyata tanpa ragu. Inilah yang dinyatakan dalam hadis Ubadah RA: Kami berbaiah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan sudah dan senang, kecuali jika dilihat kekufuran yang nyata buktinya daripada Allah. Hadis muttafaq alaih. Satu athar lagi berkata: “Kita tidak merebut sesuatu dari empunyanya”.

Dari sini dapatlah kita yakini bahawa Presiden Morsi adalah Presiden Mesir yang sah, tidak pernah menyuruh maksiat dan tidak pernah melakukan kekufuran nyata. Bahkan sebaliknya, dia merupakan seorang lelaki yang berpuasa, dan mendirikan malamnya beribadah kepada Allah, prihatin untuk mentaati Allah.  Oleh itu menjadi kewajiban untuk dia dikekalkan sebagai Presiden dan tidak boleh sesiapapun untuk mendakwanya, mempunyai kuasa untuk memecat beliau daripada jawatannya itu.

Dakwaan Jeneral as-Siisi bahawa kononnya dia melakukan perkara tersebut untuk kepentingan rakyat dan mencegah daripada perpecahan rakyat kepada dua puak, sebenarnya tidak boleh menjadi alasan untuk dia menyebelahi satu pihak menentang pihak yang lain.

Individu-individu yang menolong usaha jahat as-Siisi ini sebenarnya tidak mewakili majoriti rakyat Mesir. Imam Besar Dr Ahmad at-Toyyib, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Senior Al-Azhar (saya salah seorang ahlinya) tidak pernah meminta pandangan kami sebelum dia bercakap mewakili kami. Dia telah silap dalam tindakannya menyokong pemecatan Presiden yang sah. Dengan itu dia telah melawan Ijma’ umat ini. Pendiriannya tidak disandarkan kepada al-Quran dan Sunnah, bahkan seluruh isi kandungan al-Quran dan Sunah bersama dengan Presiden Morsi. At-Toyyib juga telah membelakangi ulama’ umat Islam yang tidak akan menyebelahi mana-mana peribadi dengan menggadaikan ilmu mereka.

Alasan yang dinyatakan oleh at-Toyyib adalah kerana mengambil mudarat yang ringan (dengan menyokong pemecatan Morsi). Siapa yang kata bahawa memecat Presiden yang sah, menolak perlembagaan yang disokong dua pertiga rakyat, menimbulkan kerosakan teruk dalam masyarakat Mesir bagi tempoh yang hanya diketahui oleh Allah, sebagai mudarat yang lebih ringan? Siapa yang kata sedemikan? Bahkan ia adalah mudarat terbesar yang telah diberikan ancaman mengenainya oleh al-Quran dan as-Sunnah dan semua pendapat para ulama’.

Alangkah baiknya jika Dr At-Toyyib berinteraksi terhadap Dr Morsi sama dengan interaksinya dengan Hosni Mubarak dahulu. Kenapa dia menimbang sesuatu dengan dua penimbang yang berbeza? Ini mendatangkan kemusnahan kepada peranan al-Azhar yang sentiasa bersama rakyat dan bukan pemerintah yang zalim dan diktator.

Baba Teotrous juga tidak mewakili kesemua masyarakat Qibti untuk bercakap bagi pihak mereka. Bahkan ramai di antara mereka yang bersama Parti FJP dan parti-parti Islam yang lain. Begitu juga al-Baradei yang tidak mewakili keseluruhan parti Jabhah Inqaz. Hanya segelintir ahli partinya yang bersekongkol dengannya dan ia tidak mewakili golongan penentang kepada Morsi.

Mereka yang dikatakan mewakili Parti An-Nur, hanyalah segelintir daripada kalangan mereka yang telah dikenali sedangkan semua para pendokong salaf dan jamaah Islamiyah, parti-parti kebangsaan, individu yang bermaruah semuanya menentang arus pemberontakan tersebut. Pemberontakan inilah yang hampir membawa negara ini kepada kesudahan yang tidak diingini.

Saya menyeru Jeneral as-Siisi dan siapa sahaja yang bersamanya dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, kepada semua parti-parti, kuasa-kuasa politik di Mesir, menyeru saudara-saudaraku dari kalangan ulama’ di seluruh dunia, semua pencinta kebebasan, maruah dan keadilan, agar bersama untuk mempertahankan kebenaran, dan mengembalikan Presiden Morsi ke tempatnya yang sah, berterusan menasihatinya, dan meletakkan perancangan dan strategi untuk memelihara kebebasan dan demokrasi yang kita perolehinya dengan darah-darak kita sendiri. Kita tidak akan membiarkannya tumpah dengan sia-sia.

Hosni Mubarak selama 30 tahun telah merosakkan negara, menghina rakyat, mencuri harta negara dan melarikannya keluar negara. Dia juga telah mengupah samseng-samseng untuk melindungi para pengikutnya dan dia juga melakukan pelbagai lagi kerja-kerja kerosakan dan melampau. Dia telah menyerahkan negara ini dalam keadaan punah ranah sepenuhnya.

Ini semua berlaku dan pihak tentera tidak pun mengambil inisiatif untuk memecatnya, tetapi dia (Mubarak) telah mewakilkan tentera memastikan penggantinya juga sealiran dengannya. Adakah kita boleh bersabar selama 30 tahun dengan Mubarak tetapi tidak boleh bersabar walau satu tahun dengan Dr Morsi? Keaiban di sini bukannya kepada sistem demokrasi, tetapi kepada orang yang melaksanakannya. Untuk membaikinya, kita perlu merealisasikannya, bukan meruntuhkannya. 

Haram untuk Mesir melakukan semua ini; untuk merosakkan perlembagaannya, untuk membiarkan Presiden sahnya dipecat, dan untuk mencuaikan syariat Tuhannya. Semuanya akan mendatangkan kemurkaan dan pembalasan daripada Allah. Jangan kamu sangka Allah cuai berkenaan apa sahaja yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.

Saya menyaru daripada dalam hati saya kepada seluruh rakyat mesir yang saya cintai dan sanggup berkorban untuknya. Saya tidak inginkan ganjaran ataupun pujian. Saya hanya inginkan keredhaan Allah Yang Satu.

Saya menyeru seluruh rakyat Mesir samada di pendalaman (as-Sooied) atau di kawasan pantai (Wajhu Bahri), di kota dan desa, di padang pasir, kampung, saya menyeru kesemua lelaki dan perempuan, tua dan muda, kaya dan miskin, pegawai atau buruh, Muslimin, Kristian, liberalis untuk sama-sama berdiri dalam satu saf demi memelihara hasil utama revolusi kita iaitu kebebasan dan demokrasi, dan bebas daripada cengkaman diktator.

Kita tidak akan lepaskannya kepada pemerintah  yang juga diktator samada daripada kalangan sivil mahupun tentera. Inilah yang terjadi kepada beberapa negara yang lain, hilang kebebasannya dan hanya memperolehinya selepas jangkamasa yang lama. Tiada usaha dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Ya Allah, jagalah Mesir kami, peliharalah rakyat kami dan janganlah Kamu binasakan kami dengan perbuatan golongan-golongan yang bodoh di kalangan kami. Amiin.

 

Sumber: Ikhwan Online

Terjemahan: Ustaz Munawwar Mohamed

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia