Wacana ICT: Click Smart! Whats App, I Tweet , I Like

Topik disampaikan oleh Hj Rahmat Abu Nong, Pengarah Jabatan Digital Forensik, SKMM. Majlis yang disertai pelajar-pelajar  dan pensyarah-pensyarah Sains Komputer  diserikan dengan  kehadiran Timbalan Presiden PERINTIS, Prof Dr Abdullah Md Zin dan En Muhammad Alif dari SKMM.

Majlis dimulakan seusai bacaan doa dengan penerangan ringkas mengenai SKMM dan peranannya sebagai badan yang memantau serta mengawal selia hal-ehwal industri telekomunikasi dan multimedia.  Beberapa akta menjadi polisi dalam memainkan peranan mereka iaitu Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998), Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) dan Akta Tandatangan Digital (1997).

Sebagai sebahagian daripada hampir 17 juta pengguna Internet di Malaysia, kita mempunyai hak sebagai pengguna dan boleh membuat pengaduan kepada pihak SKMM hal-hal berkaitan dengan kualiti khidmat telekomuninasi atau gangguan samada dari aspek teknikal mahupun aspek emosi dan keselamatan pengguna di alam siber.

Aspek positif penggunaan khidmat telekomunikasi seperti mendapatkan bahan pembelajaran, berkongsi maklumat yang bermanfaat perlulan diwar-warkan agar menjadi budaya dibandingkan dengan penggunaan berbentuk negatif seperti siber buli, menggodam, menyebar bahan-bahan pornografi, menyamar dengan identiti palsu dan lain-lain.

Kendali diri yang positif juga perlu dititikberatkan yang memerlukan kepada tahap kesedaran kepenggunaan Internet contohnya tidak meletakkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Semua bahan yang dimuatnaik ke Internet mempunyai risikonya yang tersendiri yang perlu ditimbang akan baik-buruknya.  Selain dari itu menggunakan alatan seperti firewall, perisian antivirus dapat membantu mempertingkatkan tahap keselamatan komputer atau perkakasan yang digunakan

“Once it is online , it will be online forever” bermaksud apa sahaja maklumat yang dikongsi di Internet boleh disalin berulang kali walaupun pengguna asal telah menghapuskan bahan yang berkaitan yang telah diduplikasi. Pihak SKMM telah banyak menerima aduan kes-kes yang melibatkan ugut, siber buli , gambar-gambar yang telah diedit dan sebagainya hatta melibatkan kes dakwaan polis kerana terlibat dengan menghina peribadi tertentu atau menyamar dengan identiti seseorang yang terkenal.

Seterusnya Tuan Haji Rahmat memberikan maklumat ringkas berkaitan aplikasi WhatsApp, Twitter dan Facebook. Satu fakta yang menarik di mana Malaysia menduduki tangga ke -17 dari 230 negara di dunia dalam penggunaan Facebook dengan melibatkan lebih 12 juta pengguna.

SKMM juga banyak mendapat aduan mengenai salah guna Facebook yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber seperti menyamar, siber buli serta menghina personaliti individu sasaran. Berkongsi status, gambar, video di Facebook perlu dilakukan dengan hati-hati agar perkara seperti “rosak mulut badan binasa” dapat diminimakan.

Sebaik-baiknya gambar-gambar koleksi peribadi di dalam telefon mudah alih, laptop, PC tablet dan komputer meja dienkripkan agar ianya tidak semudahnya dibuka oleh pihak lain yang mungkin akan menyalahguna.

Ceramah dihangatkan lagi dengan perkongsian contoh-contoh jenayah siber yang berlaku serta soalan-soalan menarik yang diajukan oleh para pelajar Sains Komputer yang sememangnya mengambil pengkhususan dalam bidang Keselamatan dan Jaminan Komputer serta pensyarah-pensyarah. Di akhir majlis,  kuiz diadakan dengan hadiah istimewa buku karangan  Dr Zaharuddin Abd Rahman bertajuk Ledakan Facebook: Antara Pahala dan Dosa.

Wacana ini berjaya menimbulkan kesedaran mengenai peranana SKMM, membuka minda kepada isu-isu keselamatan dan kendali diri berkaitan penggunaan telekomunikasi. Hasil perkongsian dari pihak SKMM juga berjaya menimbulkan minat pelajar-pelajar Tahun 1 terutamanya kepada kerjaya sebagai profesional dalam bidang keselamatan komputer.

Tahniah kepada PERINTIS dan SKMM atas jalinan kerjasama dalam penganjuran program ini bersama USIM dalam menjalankan kempen meningkatkan kesedaran kepenggunaan teknologi Internet yang harus diwar-warkan kepada para remaja, pelajar dan  masyarakat umumnya bagi membendung masalah penyalahgunaan Internet.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia