Wacana CEDAW bincang masa depan wanita

CEDAW adalah Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women.

Wacana ini amat penting kerana ia memberi penerangan tentang dasar dan hala tuju Dasar Wanita Negara dan CEDAW yang mencorak masa depan wanita, termasuk wanita Muslim di negara ini. Keprihatianan terhadap perkara ini adalah untuk memastikan kedudukan dan kepentingan Islam dan umat, terutamanya kaum wanita Islam tidak terjejas.

Wacana CEDAW

Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim selaku Timbalan Ketua Wanita IKRAM menyampaikan ucapan aluan bagi pihak penganjur.

Lebih 80 orang yang hadir tekun mengikuti pembentangan daripada empat ahli panel berkaliber – dua daripadanya merupakan wakil Wanita IKRAM iaitu Prof Dr Najibah dan Puan Azlina Roszy Abd Ghaffar. Kira-kira 20 orang ahli wanita IKRAM turut hadir sebagai peserta wacana.

Wacana CEDAW

Ucapan perasmian oleh Rektor UIAM, Prof Dato Sri Dr Zaleha Kamaruddin (kiri) telah menceritakan tentang sejarah penubuhan CEDAW iaitu setelah PBB ditubuhkan pada tahun 1946. Ketika itu CSW (Commission on the Status of Women) ditubuhkan. Antara peranannya adalah untuk menentang diskriminasi terhadap wanita dengan tujuan menaikkan status wanita.

CEDAW dipelopori oleh seorang aktivis wanita bernama Jane Connors dan ia merupakan perjuangan golongan feminis sebagai cara mereka membebaskan diri mereka daripada diskriminasi. Malaysia adalah antara negara yang mengiktiraf atau menerima (ratify) CEDAW, maka mahu tidak mahu implikasinya kepada wanita Malaysia perlu diberi perhatian penting.

Wacana CEDAW

Puan Azlina Roszy (kiri) telah membentangkan kertas kerja ‘Imbasan CEDAW dan Dasar Wanita Negara’. Penglibatan beliau melihat sendiri perjuangan wanita feminis di CSW di United Nation (UN) telah memberikan perspektif tentang asal-usul CEDAW ini. Kebaikan dan keburukan CEDAW telah dibentangkan.

Wacana CEDAW

Pembentangan seterusnya oleh Dr Najibah (kanan) berjudul ‘Hak-hak asasi wanita: Perbandingan antara CEDAW dan Islam’. Antara perkara menarik yang beliau jelaskan adalah hak kesamaan dan kesamarataan yang merupakan dua perkara berbeza, kepentingan CEDAW yang boleh membuat polisi, undang-undang dan agenda ke United Nation, kesan kepada perundangan dan pindaan undang-undang negara yang berkaitan dengan wanita.

Beliau merumuskan peranan dan tanggungjawab umat Islam yang perlu mengadakan dan membaharui undang-unadang ke arah yg lebih baik tentang hak, peranan dan tanggungjawab wanita, keluarga dan masyarakat.

Pembentang ketiga, Prof Dr Amriah Buang dari Universiti Kebangsaan Malaysia membentangkan kertas kerjanya, ‘Pemberdayaan Pendidikan dan Politik Wanita Islam di Timur Tengah’.

Menurut kajian beliau, wanita di negara-negara Arab seperti Arab Saudi menikmati aspek pendidikan yang maju, namun dari sudut politik, penglibatan wanita masih kurang. Ia kelihatan sebagai satu paradoks (memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan).

Sesi terakhir adalah sesi dialog dan soal jawab yang dikendalikan Puan Kamar Ainiah, seorang peguambela atau peguamcara yang juga aktivis wanita.

Antara yang beliau timbulkan adalah tentang apa peranan kita apabila melihat pelaksanaan CEDAW ini yang bercanggah dengan syariah, apa sikap kita terhadap golongan seperti LGBTIQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex, Queer) dan perlunya kita mengetengahkan ‘working model’ yang boleh ditunjukkan dalam masyarakat bagaimana kita menaikkan martabat wanita dalam masyarakat.

Wacana diakhiri dengan ucapan ringkas penuh bermakna daripada Prof Madya Dr Kamar Oniah, Pengerusi IMAN.

Menjadi harapan beliau agar usaha ini dapat diteruskan. Antara inisiatif yang sedang dijayakan sekarang adalah penubuhan gabungan pertubuhan wanita yang akan memperjuangkan pemartabatan wanita Islam di Malaysia secara strategik. Penubuhan IMAANA (International Muslimah Association and Network Alliance) dilihat sebagai satu wahana ke arah ini. Melalui usaha gabungan ini, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyatakan suara wanita dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan wanita.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia