Usaha Tingkatkan Perpaduan Bermula di Sekolah

Usaha Tingkatkan Perpaduan Bermula di Sekolah | IKRAM

Perpaduan nasional adalah sesuatu yang sangat berharga. Ia perlu disemai dari bangku sekolah.  Anak-anak perlu diajar bertaaruf, mengenali dan menghormati budaya dan agama kaum lain. 

Namun, usaha ini menjadi agak mencabar dalam keadaan sistem pendidikan kita membenarkan kepelbagaian jenis sekolah.

Sistem pendidikan di Malaysia unik, mempunyai pelbagai aliran. Kerajaan sendiri mempunyai sekolah kebangsaan di peringkat rendah dan menengah.

Di peringkat  menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewujudkan pelbagai jenis sekolah; harian, berasrama penuh, agama,  integrasi, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)  dan seumpamanya. 

Selain itu, sekolah-sekolah di bawah KPM terdapat dua aliran lain yang dominan.  

Pertama, sistem vernakular yang terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah mubaligh yang mendapat bantuan kerajaan dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). 

Aliran dominan kedua ialah sekolah-sekolah agama yang terdiri daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sekolah agama negeri, maahad tahfiz dan sekolah agama swasta persendirian yang kian bercambah.

Peratus kaum lain selain Melayu di sekolah kebangsaan amat sedikit. Menurut statistik KPM, peratus penyertaan kaum Cina dan India di sekolah kebangsaan hanya masing-masing  0.73 peratus dan 2.63 peratus pada tahun 2020. Ini sangat tidak berpadanan dengan demografi penduduk negara.

Kepelbagaian jenis sekolah kebangsaan dan swasta dalam sistem pendidikan membolehkan ibu bapa memilih sekolah yang sesuai untuk anak-anak mereka.  Walaubagaimanapun, kepelbagaian sekolah ini membentuk halangan yang menyukarkan peluang untuk berinteraksi dalam kalangan pelajar.

Pelajar-pelajar di aliran vernakular, terutama SMPC kurang mendapat peluang pendedahan kepada pergaulan dengan kaum lain.  Begitu juga pelajar-pelajar di  aliran tahfiz dan sekolah agama rakyat atau swasta, langsung tidak bergesel bahu dengan kumpulan etnik lain.  

Jika dibiarkan, jurang di antara kaum akan semakin bertambah. Oleh itu, usaha perlu dibuat untuk meningkatkan pendedahan kepada kepelbagaian ras dan etnik.

Ini ditambah dengan kepelbagaian kurikulum; ada di antaranya langsung tidak mempunyai komponen penting  Kurikulum Kebangsaan. Kesefahaman dalam pemahaman dan penghayatan kurikulum yang berlainan membesarkan lagi jurang perbezaan ini.

Interaksi dalam kalangan pelajar perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi memahami latar belakang dan budaya masing-masing serta membangunkan aspirasi bersama untuk masa depan Malaysia.

Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) pada tahun 1986, namun pelaksanaannya kurang berkesan. Isu ini disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).  

Untuk menyelesaikannya, Anjakan ketiga PPPM dinyatakan inisiatif yang bakal diambil “..Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi.”

Usaha RIMUP perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan dengan berkesan. Usaha ini perlu bukan sahaja melibatkan sekolah-sekolah KPM dengan sekolah Jenis Kebangsaan dan SMPC, tetapi juga melibatkan sekolah-sekolah agama swasta,  sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan  maahad tahfiz. 

Antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah lawatan muhibah, perkongsian amalan terbaik, aktiviti bersama, jemputan pertunjukan budaya dalam majlis rasmi dan seumpamanya.

Semoga langkah awal ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dari kedua belah pihak untuk  mengenali satu sama lain serta memahami bahawa negara ini terbina atas persefahaman dan perpaduan kaum yang perlu dipelihara.

Profesor Dr Omar Yaakob 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia