Kebersamaan, Penerimaan Faktor ‘Pelekat’ Perpaduan

Kebersamaan, Penerimaan Faktor ‘Pelekat’ Perpaduan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kebersamaan dan penerimaan kepelbagaian adalah dua faktor penting yang menjadi ‘pelekat’ bagi mengukuhkan perpaduan negara, menurut Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Badlishah Sham Baharin.

“Dua faktor penting yang menjadi ‘pelekat’untuk mencantumkan negara iaitu yang pertama identiti; perasaan awam yang berkait rapat dengan negara dan rasa kebersamaan dengan negara.”

“Kedua ialah penerimaan kepelbagaian; rakyat menerima individu yang mempunyai nilai dan gaya hidup yang berlainan sebagai ahli kepada masyarakat yang saksama,” kata beliau yang memetik kajian S. Rajaratnam School of International Studies di Singapura.

Jelas Badlishah Sham dalam Bicara Bina Negara (BBN) yang ke-25 bertajuk ‘Hala Tuju Politik Malaysia: Perpaduan atau Perkauman?’, kedua-dua faktor tersebut sebenarnya juga telah terangkum dalam gagasan Negara Rahmah yang diperjuangkan IKRAM.

Dalam konteks identiti tambahnya, walaupun kita datang dari pelbagai kaum, agama dan sebagainya tapi kita ada nilai-nilai yang murni yang kita boleh kongsi dan bangunkan bersama, contohnya keadilan. 

“Semua orang inginkan keadilan, tapi bagaimana kita lakukannya? Ini yang kita perlu fikirkan bagaimana kita merangkumkan keadilan seperti membela hak asasi, membela hak-hak orang yang teraniaya, apakah strategi, langkah-langkah ke hadapan yang boleh kita sama-sama perjuangkan,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa semua kaum perlu berpartisipasi dalam pembangunan negara, suasana perlu digerakkan oleh masyakat sivil, yang mana usaha reformasinya akan menjadi kekuatan yang luar biasa seperti gerakan Rasuah Busters.

Hasil daripada  tuntutan rakyat yang bersepadu katanya, telah terlihat hasilnya melalui penurunan umur layak mengundi undi kepada 18 tahun dan mewujudkan rang undang-undang antilompat parti. 

Menurut hos BBN, Syed Munawar Sayed Mohd Mustar, setelah 65 tahun mencapai kemerdekaan, negara kita masih mengangkat tema perpaduan seolah-olah negara tidak pernah ‘graduasi’ daripadanya, walhal ini adalah isu yang sepatutnya telah selesai lama dahulu.

Tambahnya, isu perpaduan ini seakan-akan melihat isu ke belakang walhal kita harus mengangkat tema yang ke hadapan.

Bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Profesor Emeritus Dato’ Dr Teo Kok Seong, sebenarnya perkataan perkauman ini sepatutnya dilihat dari segi positif iaitu pertalian di antara kaum-kaum yg ada di Malaysia, persaudaraan dan semuanya ada kaitan dengan perpaduan.

“Tetapi malangnya perkataan perkauman ini sudah mendapat makna yang negatif iaitu permusuhan, persengketaan antara kaum-kaum, maka ia membawa kepada perpecahan,” jelas beliau.

Pengarah Pusat KOMAS, Jerald Joseph menegaskan bahawa tidak ada kebenaran dalam mana-mana agama untuk membolehkan diskriminasi. 

“Ramai daripada komentar politik dan ekonomi tidak berani menunjukkan sebuah negara yang membangun dan maju, tidak boleh membangun jika ada konsep warganegara dua darjat,” kata beliau.

Bicara Bina Negara yang mengulas topik politik perkauman dan perpaduan itu berlangsung pada Sabtu lalu sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Semua dijemput hadir ke program kemuncak sambutan, Karnival Kita Anak Anak Malaysia (KAMI) di UTM Kuala Lumpur pada 16 September ini. Info lanjut, layari https://karnivalkami.com/.  

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia