Konsep Sekolah Rahmah perlu dihidupkan, bina insan rabbani

Konsep Sekolah Rahmah perlu dihidupkan, bina insan rabbani

SERI KEMBANGAN – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Profesor Dr Omar Yaakob berkata, dalam sistem Pendidikan IKRAM MUSLEH, konsep Sekolah Rahmah perlu dihidupkan yang bertujuan membina dan melahirkan insan rabbani. 

“Sistem pendidikan yang merangkumi aspek-aspek kurikulum, instruction (kaedah dan teknik pengajaran, pembelajaran dan pentarbiahan), pentaksiran dan pengurusan, hanya boleh dijayakan dengan cemerlang jika ia mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak.”

Beliau berkata, insan rabbani yang ingin dibangunkan oleh IKRAM MUSLEH memiliki 11 konstruk.

“Iaitu jasmani yang cergas, rohani yang teguh, qalbu yang sejahtera, akidah yang benar, ibadah yang betul, akhlak yang mulia, pengetahuan yang luas dan kefahaman yang mendalam, hikmah yang ketara, pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa, dakwah yang istiqamah serta rahmatan lil alamin,” jelasnya.

Manakala konsep Sekolah Rahmah yang ingin dibangunkan oleh IKRAM MUSLEH pula memiliki empat nilai asas.

“Nilai asas tersebut ialah keadilan (al-adaalah) dan kesaksamaan, saling menghormati, menghargai kepelbagaian manusia dan budaya serta peluang yang sama rata.”

Kata beliau, antara tunjang utama bagi membina dan melahirkan Insan Rabbani dan bagi mewujudkan konsep Sekolah Rahmah ialah para murabbi (guru).

“Para murabbi perlu melaksanakan proses pentarbiahan dengan penuh rahmah dan membangunkan sepenuhnya segala potensi anak didik,” tegasnya.

Menurutnya, proses pentarbiahan akan membina dalam diri anak didik keimanan dan ketakwaan, sifat taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah), budaya berdoa, bertaubat dan memohon keampunan Allah serta tazkiyatun nafs (penyucian diri).

“Proses membangunkan sepenuhnya potensi anak didik pula akan menjadikan mereka mampu berperanan dengan berkesan dalam keluarga, masyarakat, negara, ummah dan manusia sejagat,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, para ibu bapa perlu mentarbiah anak mereka di rumah, manakala para murabbi pula memainkan peranan mentarbiah anak didik di sekolah.

“Terapkan sifat mujahadah fi sabilillah dalam diri anak didik. Allah SWT akan bersama mereka dan akan mengurniakan mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.”

Beliau menegaskan agar para murabbi memberikan kepada anak didik ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bermanfaat kerana ilmu dan kemahiran itu akan disebarluaskan serta dimanfaatkan olehnya kepada orang lain.

“Jangan sekali-kali memberi ilmu dan kemahiran yang mungkar kerana ia juga akan disebarluaskan dan diamalkan olehnya kepada orang lain,” ujarnya.

Prof Omar turut berkata, para murabbi perlu budayakan dalam diri anak didik agar membalas amal kebajikan orang lain dengan amal kebajikan; walaupun sekadar berdoa untuk orang berkenaan.

“Ummah memerlukan generasi yang menguasai ilmu, kerohanian yang kukuh, kepimpinan yang berwibawa, berdakwah dengan istiqamah, akhlak mulia yang akhirnya membawa kepada rahmatan lil alamin kepada semua.”

Beliau berkata demikian ketika Hari Murabbi IKRAM MUSLEH 2022 pada 16 Mei lalu yang bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah Rahmah’.

“Mudah-mudahan semangat kita akan terus berkobar-kobar, memainkan peranan besar dalam membangunkan sistem pendidikan Islam, melahirkan generasi rabbani seterusnya memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dan ummah,” kata Omar lagi.

IKRAM MUSLEH telah diasaskan semenjak tahun 1982, bukan sahaja telah menjadi lebih mantap pengurusannya, bahkan ia terus berkembang dengan cemerlang dan institusi pendidikan IKRAM (IPI) mampu bersaing dengan institusi pendidikan tersohor peringkat kebangsaan dan antarabangsa).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia