Undi Anak Muda Bakal Mencorak PRU15

Undi Anak Muda Bakal Mencorak PRU15 | IKRAM

Tanggal 19 November 2022 akan datang sudah pasti menjadi momen bersejarah bagi segolongan pengundi baru yang berusia sekitar 18 tahun. 

Mereka telah layak secara automatik untuk membuang undi mengikut alamat rumah mereka seperti yang tertera dalam kad pengenalan masing-masing. 

Golongan muda yang baru mengundi ini (undi anak muda) bertuah kerana seawal usia sudah diberikan tanggungjawab yang besar untuk memilih pemimpin negara. Mereka bukan sekadar memilih wakil rakyat di kawasan pengundian masing-masing, tetapi boleh menjadi calon DUN dan Parlimen di kawasan yang mereka sasarkan. 

Namun begitu, berapa ramai yang tahu mengenai perkara ini? Berapa banyak institusi pendidikan di Malaysia yang memberikan pendedahan ini dalam minggu orientasi dan dewan kuliah? 

Senario ini pernah berlaku kepada saudari Farzana Hayani Mohd Nasir. Beliau merupakan mahasiswa yang sedang menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam dan berusia 21 tahun lantas bertanding di DUN Sungai Rambai pada PRN Melaka tahun lepas. 

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah golongan mengatakan usia mereka masih mentah untuk membuat keputusan sebesar ini. Bagi mereka, anak muda seusia ini mudah dimanipulasi fikiran dan pendiriannya yang setahun jagung.

Tetapi kita perlu sedar bahawa perkara ini merupakan sebuah proses yang panjang dan baru sahaja bermula. Tidak dinafikan kesedaran dan pendidikan politik terhadap kelompok ini harus diberi perhatian kerana ia akan mencorak masa depan negara.

Kepemimpinan Muda Bukan Utopia 

Saya kerap mendengar laungan seperti “undi orang muda akan merubah negara” dan “undi orang muda akan mengubah kepimpinan negara” tetapi sejauh manakah slogan ini memainkan peranan lantas memberi kesan dalam mengubah dominasi orang tua dalam struktur kepimpinan negara?

Betulkah apa yang mereka laungkan ini? Atau adakah ia hanyalah retorik semata-mata untuk meraih sokongan?

Cuba anda teliti implementasi beberapa buah negara apabila mereka memberi ruang kepada anak muda untuk memilih pemimpin dan menjadi pemimpin negara.

Maka hadirlah figura seumpama Sanna Marin (34 tahun) yang diangkat sebagai Perdana Menteri Finland, Jacinda Ardern (37 tahun) yang diangkat sebagai Perdana Menteri New Zealand dan Emmanuel Macron (39 tahun) telah dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis.

Jika kita renung melalui kaca mata dunia, suara anak muda tidak pernah dibungkam dan kudratnya haruslah dikerah untuk membangunkan negara dan bukannya menyekat suaranya. 

Kalau di Malaysia, anda sudah terbayangkan siapa? Bolehkah anda senaraikan? Wajar atau tidak pemimpin seusia itu memberikan nafas baharu dalam dinamika politik negara kita? Belum cuba belum tahu. 

Bak kata Norman Vincent Peale, “ubah fikiran anda dan anda akan mengubah dunia anda.” Beliau merupakan seorang penulis buku yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau minat menulis berkaitan dengan genre motivasi yang cenderung untuk membahaskan soal idea-idea mengenai konsep cara fikir positif.

Jumlah Signifikan Pemilih Anak Muda

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) merekodkan kira-kira 1.2 juta pemilih berumur sekitar 18 hingga 20 tahun melalui pewartaan daftar pemilih tambahan pada bulan Mei 2022 yang lalu.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa secara keseluruhannya  seramai 21,113,234 orang dengan 94 peratus adalah pengundi berumur 21 tahun ke atas. Menarik bukan? 

Apabila dibuat penilaian, ia menyaksikan menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta orang adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun. Jumlah ini bukan sedikit, tetapi signifikan untuk anak muda membuktikan sesuatu nanti. 

Ya, hakikatnya PRU15 pada kali ini mengumpulkan sejumlah pengundi yang begitu ramai walaupun tidak mendominasi. Ketahuilah bahawa kehadiran mereka sangat signifikan dalam menentukan masa depan negara.

Mungkin ada orang sangkakan, “Buat apa turun mengundi, langsung tak bagi manfaat kepada orang macam kita,” tetapi dengan satu undi boleh mengubah segalanya. 

Semasa PRU14, pertembungan antara calon yang bertanding bagi kerusi DUN Ajil di Terengganu sangat sengit. Jumlah undian mereka hanya berbeza empat undi sahaja. 

Keputusan keseluruhan adalah calon PAS (8,132 undi) secara rasmi menang kerusi tersebut mengalahkan calon BN (8,128) dan PKR (679 undi). Kalau kita teliti, perbezaan tersebut sangat tipis, ia jarang berlaku di kawasan pilihan raya yang lain. 

Namun begitu, senario ini memberikan kita satu titik tolak bahawa keberadaan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi memberikan komitmen mereka dengan kadar 100 peratus bagi menjalankan tanggungjawab yang sebenar semasa pilihan raya berlangsung.  

Jangan pernah merasakan satu undi yang kita berikan tidak bermakna, walaupun anda tinggal di luar negara. Peranan anda sangat penting dalam memastikan pentadbiran negara diperintah oleh orang yang kompeten dan mempunyai meritokrasi dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Satu undi penentu hidup anda!

Prof Dr Hanim Salleh 
Naib Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
&
Luthfi Yusri
Ketua Operasi Projek Ajar Demokrasi 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia