Ukraine lapor 15,000 kes jenayah perang

Ukraine lapor 15,000 kes jenayah perang | IKRAM

Sekitar 15,000 kes jenayah perang yang disyaki telah dilaporkan di Ukraine sejak perang bermula, dengan 200 hingga 300 lagi dilaporkan setiap hari, kata ketua pendakwa rayanya, Iryna Venediktova.

“Kira-kira 600 suspek telah dikenal pasti dan 80 pendakwaan telah dimulakan,” kata beliau kepada pemberita di The Hague.

Menurutnya, senarai suspek termasuk tentera tertinggi, ahli politik dan ejen propaganda Rusia.

Rusia menafikan mensasarkan orang awam atau terlibat dalam jenayah perang.

Apakah jenayah perang itu?

Daripada 15,000 jenayah perang yang didakwa, Veneditkova berkata, beberapa ribu telah dikenal pasti di wilayah timur Donbas – tempat pertempuran sengit antara tentera Rusia dan Ukraine.

“Dakwaan jenayah perang di rantau itu termasuk pemindahan paksa penduduk – termasuk kes dewasa dan kanak-kanak ke bahagian berlainan di Rusia,” katanya.

Beliau berkata, penyeksaan, pembunuhan orang awam dan pemusnahan infrastruktur awam juga disyaki jenayah perang, tambahnya.

“Walaupun penyiasatan berkaitan wilayah timur telah dimulakan, pihak berkuasa Ukraine tidak mempunyai akses ke kawasan yang dikuasai Rusia,” menurut Venediktova.

Mereka turut menemu bual orang yang dipindahkan dan tawanan perang.

“Siasatan sangat sukar apabila pertempuran berlaku pada masa yang sama,” katanya dipetik oleh agensi berita Jerman, DPA.

Dalam pada itu, negara Estonia, Latvia dan Slovakia juga telah menyertai usaha penyiasatan, manakala Poland dan Lithuania sudah pun memberikan bantuan.

Tempat jenayah terbesar

Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyifatkan Ukraine sebagai ‘tempat kejadian jenayah’ dan telah menghantar pasukan penyiasat terbesarnya pernah ke Ukraine untuk membantu siasatan.

Ia juga berharap untuk membuka pejabat di ibu negara Ukraine, Kyiv.

Pengumuman itu dibuat ketika dua askar Rusia dipenjarakan selama 11 tahun setengah di Ukraine pada Selasa kerana membedil kawasan awam. Askar Rusia pertama yang dibicarakan di Ukraine, Sersan Vadim Shishimarin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh orang awam minggu lalu.

Berikutan itu juga, ombudsman hak asasi manusia Ukraine, Lyudmila Denisova turut dipecat oleh parlimen Ukraine.

Beliau dikritik kerana tidak menganjurkan koridor kemanusiaan dan memudahkan pertukaran banduan, serta pengendaliannya dalam dakwaan kes rogol terhadap tentera Rusia, menurut laporan media tempatan. Denisova berkata, beliau akan merayu keputusan itu.

Terdahulu, tentera Ukraine dan Rusia telah bertempur untuk menguasai bandar timur Severodonetsk di wilayah Luhansk.

Bandar ini dikatakan terbahagi antara kedua-dua belah pihak – tetapi tidak sama rata. Gabenor wilayah Serhiy Haidai berkata, 70 hingga 80 peratus bandar ini dikawal oleh tentera Rusia.

Kontroversi yang tidak berkesudahan

Letupan juga dilaporkan mengenai kontena asid nitrik di bandar itu yang dipercayai berpunca daripada serangan udara, kata Haidai. Beliau memberitahu BBC, asap toksik dilepaskan ke udara berikutan letupan itu, tetapi hanya di kawasan kecil.

Rusia kini menduduki hampir seluruh Luhansk, kerana ia memberi tumpuan untuk merebutnya dan Donetsk yang berjiran.

Justeru, jauh dari pertempuran, pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan politik untuk mengharamkan 90 peratus import minyak dari Rusia, tidak termasuk minyak saluran paip, yang telah ditentang oleh Hungary. Tetapi ahli EU kekal berbelah bahagi tentang eksport gas dari Rusia.

Syarikat minyak gergasi Rusia, Gazprom juga mengumumkan bahawa ia akan memotong bekalan gas kepada syarikat Orsted Denmark serta Shell Eropah untuk bekalannya ke Jerman, selepas kedua-dua syarikat itu gagal membuat pembayaran dalam mata wang rubel, sesuatu yang dituntut oleh Rusia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia