Tunaikan Mandat Rakyat: Laksanakan Reformasi Institusi

Tunaikan Mandat Rakyat: Laksanakan Reformasi Institusi | IKRAM

Kenyataan Media Bersama
Shah Alam, 10 Mac 2023

TUNAIKAN MANDAT RAKYAT: LAKSANA REFORMASI INSTITUSI

1. #RasuahBusters selaku Sekretariat KRPPM Integriti, Governan dan Anti-Rasuah sebelum ini bersama kumpulan masyarakat sivil dan profesional menyambut baik usaha kerajaan yang menunjukkan komitmen pendedahan dan pendakwaan berkaitan perlakuan rasuah tanpa takut dan pilih kasih (without fear or favour).

2. Pelaksanaan komitmen tersebut hanya boleh menjamin keadilan dan ketelusan dengan adanya reformasi institusi yang harus dilaksanakan segera demi mengelakkan kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan oleh mana-mana pihak.

3. Antara reformasi penting yang perlu dilaksanakan segera termasuklah pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya, Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Penggubalan Akta Pembiayaan Politik, pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009, pindaan komprehensif kepada Akta SPRM 2009 dan implementasi penuh NACP.

4. Reformasi institusi berkenaan dilihat sebagai kritikal untuk memastikan keyakinan rakyat kepada institusi berkaitan agar politik dan kuasa eksekutif tidak dilihat menguasai negara dan mengancam kestabilan sistem demokrasi yang bertunjangkan pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

5. Dalam menyokong penuh iltizam kerajaan memerangi rasuah dan salah guna kuasa, semua pihak juga harus memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman terjamin, tidak diganggu atau diserang.

6. Untuk memastikan kelangsungan semak imbang, dan input kajian diperincikan dalam melaksanakan reformasi institusi secara dua hala antara kumpulan masyarakat sivil, pakar dan profesional bersama ahli-ahli Parlimen; Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen.

7. Memerangi rasuah bukan tugas ekslusif pihak kerajaan, maka, kesediaan semua pihak untuk terlibat harus diambil kira dalam memastikan reformasi institusi yang dijanjikan dapat direalisasikan segera dan efisien.

KENYATAAN BERSAMA OLEH:

Tan Sri Dr Syed Hamid Albar Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak
Datuk Hussamuddin Yaacub Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Prof Dr Edmund Terence Gomez
Shah Hakim Zain Maha Balakrishnan
Anas Zubedy
Christopher Leong Nurhayati Nordin (#RasuahBusters)
Dr Tricia Yeoh (Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi-IDEAs)
Dr Muhammad Mohan (Transparency International Malaysia)
Cynthia Gabriel (Centre to Combat Corruption and Cronyism – C4)
Hj Badlishah Sham Baharin (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
Tharma Pillai (UNDI 18)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia