Tuduhan Ikramisasi: IKRAM ajak Kamarul, Ridhuan Tee bersemuka

Baru-baru ini pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff dan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah telah membuat kritikan terbuka terhadap IKRAM antaranya tentang ‘Ikramisasi IPTA’, dan kaitan antara IKRAM dan Freemason di media sosial.

 

“IKRAM mengambil sikap terbuka dan menganjurkan pendekatan kerjasama dan perkongsian dengan pelbagai pihak untuk membangunkan negara,” kata beliau.

 

Menurutnya, IKRAM tidak mudah mengambil sikap bermusuh dengan sesiapa, apatah lagi sesama Muslim kerana menyedari manusia boleh sahaja mempunyai perbezaan pandangan, membuat kesilapan dalam mendapatkan sumber maklumat, ataupun membuat kesilapan dalam menafsirkan maklumat.

 

“Sehubungan itu, jika ada yang bertindak mengkritik IKRAM secara ilmiah mahupun memfitnah, langkah pertama kita ialah memberi peluang untuk kedua-dua pihak saling memahami dan mencari kebenaran demi menegakkan keadilan,” tambah beliau.

 

Hj Mahdzir memaklumkan yang surat jemputan untuk bertemu telah dihantar hari ini kepada dua individu tersebut.

 

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan umat Islam akan keburukan dan bahayanya kritikan yang diberikan secara melulu jika didapati kemudiannya adalah fitnah.

 

“Kesannya kelak boleh memudaratkan individu dan masyarakat bukan sahaja kepada yang difitnah, tapi juga yang membuat fitnah, dan yang membaca, percaya, dan menyambung penyebaran fitnah,” kata beliau.

 

Justeru tambahnya, IKRAM ingin mengajak masyarakat untuk sentiasa menyemak sebarang berita berdasarkan fakta yang benar dan tafsiran fakta yang juga benar.

 

“Terlalu banyak maklumat di media sosial yang bercampur baur antara fakta dan rekaan, antara kepentingan peribadi dan organisasi. Oleh itu, kaedah bertemu dan bertukar maklumat adalah langkah yang positif dan proaktif untuk meleraikan silap faham,” jelas beliau.

 

Ketika ditanya tentang tindakan perundangan ke atas mereka yang memfitnah, beliau berkata, belum masanya untuk melakukan tindakan tersebut kerana pertemuan dan perbincangan adalah langkah permulaan.

 

“Kita ada beberapa langkah untuk menyelesaikannya, tapi tindakan perundangan adalah langkah yang terakhir,” tegasnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia