Travelog A2G13-ER: Kembara ke Gaza

Anggota IKRAMedia yang menyertai misi ini ialah Pengerusi, Hj Mohd Fadzil bin Saleh, penulis, Wan Abdullah Mujahid bin Hasanuddin (jurufoto) dan Ahmad Faisal Hamdi bin Yop (juruvideo). Objektif IKRAMedia dalam misi ini ialah merakam dan melaporkan segala aktiviti anggota misi sepanjang berada di Gaza.

Dengan segala perbelanjaan daripada poket sendiri, bermula petang Selasa, 15 Januari 2013, seramai 26 orang anggota misi bertolak dari KLIA ke Abu Dhabi menggunakan penerbangan Etihad Airways. Penerbangan mengambil  masa 7 jam 10 minit bermula 8.25 malam tiba di Lapangan Terbang Abu Dhabi jam 11.35 malam waktu tempatan.

Dengan lapangan yang sangat besar dan luas, anggota misi berjalan lebih setengah jam berkejar untuk ke penerbangan seterusnya ke Kaherah jam 12.45 tengah malam, Rabu 16 Januari 2013. Penerbangan mengambil masa 4 jam 20 minit dan tiba di Lapangan Antarabangsa Kaherah jam 3.05 pagi waktu tempatan.

Di Kaherah dan perjalanan ke Rafah.

Sekitar jam 6.30 pagi, Penasihat Kelab IKRAM Mesir, Ust Abd Haris Bain, isteri dan beberapa pelajar kelab tiba menyambut anggota misi. Anggota misi kemudiannya bergabung dengan 4 orang pelajar Malaysia di Jordan menjadikan jumlah anggota misi seramai 30 orang.

Anggota misi ditemani oleh seorang sukarelawan Indonesia di Palestin, Ikhwan untuk membantu kemasukan anggota misi ke Gaza melalui imigresen Rafah, Mesir. Misi kemudian bertolak 7.00 pagi dengan dua buah van ke Rafah. Jam 10.00 pagi, anggota misi singgah di Ismailiyah untuk sarapan pagi merangkap makan tengahari.

Di imigresen Rafah, Mesir.

Perjalanan dari Kaherah ke Rafah melalui 8 checkpoint tentera mengambil masa lebih 7 jam. Anggota misi akhirnya tiba di sempadan Rafah, Mesir jam 2.45 petang. Urusan imigresen dan pengangkutan barang mengambil masa sekitar dua jam. Beberapa minit sebelum Maghrib waktu tempatan, jam 4.45 petang, anggota misi masuk ke imigresen di Rafah, Gaza dengan bas.

Anggota misi disambut dengan penuh mesra oleh mantan Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial Palestin, Dr Ahmed al-Kurd, Pengerusi Islamic Society of Jabalia (ISJ), Abd Rahim Shehab, Pengurus Emaar Association, Anwar Mousa dan beberapa pegawai kerajaan Palestin yang lain.

Di Rafah, Gaza.

Dalam pertemuan ringkas dengan anggota misi, Dr Ahmed menyampaikan salam Perdana Menteri, Ismail Haniyeh kepada anggota misi. Ketua misi, Dr Tahir turut menyampaikan salam rakyat Malaysia kepada rakyat Gaza.

Beliau memberikan ucapan alu-aluan dan penghargaan diikuti dengan ucapan ketua misi, Dr Mohd Tahir Abd Rahman. Persembahan  ringkas secara unplugged artis Universal Music, Jes Ebrahim dengan lagu Keamanan mengakhiri pertemuan tersebut.

Di restoran dan hotel (foto kanan).

Seterusnya, kami dibawa ke Gaza City dan diberi taklimat tentang perkembangan di Gaza oleh Mahmoud Darwish. Di Gaza City, kami menikmati makan malam berupa hidangan Nasi Arab dan roti di Restoran Jarjawi di mana anggota misi diberi penghormatan sebagai kumpulan pertama memasuki dewan makan yang baru dibina di restoran tersebut. Selepas makan, kami dibawa menginap di Hotel al-Mathaf berhampiran pantai Gaza.

Penulis:

Mohammad Hafizuddin bin Abdul Mukti

Pegawai Eksekutif Penerangan & Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia