Tolak pelan yang biadap!

“Kali ini, mereka mahu membatalkan keseluruhan hak rakyat Palestin dan melupuskan tuntutan mereka buat selama-lamanya,” kata Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dalam sidang media mewakili gabungan NGO-NGO yang terlibat.

 

Tambahnya, pelan ini telah cuba dijual dengan menggunakan slogan ‘Peace to Prosperity’ (Perdamaian untuk Kemakmuran) yang mengelirukan sedangkan ini langsung tidak berniat untuk membawa maksud keamanan mahupun kemakmuran kepada rakyat Palestin oleh Zionis dan kuncu-kuncunya.

 

“Apa yang ditawarkan kepada rakyat Palestin melalui pelan ini? Secara ringkas, ia mahu melupuskan hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka, hak untuk memiliki kedaulatan dan hak untuk pulang ke tanah air mereka, yang telah dituntut sejak beberapa dekad yang lalu, ke dalam tong sampah; agar dilupakan dan dipadam terus daripada memori sejarah,” tegas beliau.

 

Menggunakan tawaran ekonomi, tambahnya, Presiden Trump berjaya mengumpan beberapa negara Arab seperti Arab Saudi, UAE dan Bahrain untuk mengangkat pelan ini sebagai satu fajar baru untuk rakyat Palestin. 

 

“Daripada mempertahankan hak-hak rakyat Palestin yang tidak boleh dikompromi, mereka memilih untuk mengangkat agenda Amerika Syarikat dan Israel untuk menghapuskan hak rakyat Palestin yang masih berbaki,” ujarnya.

 

Jelas beliau, antara implikasi besar pelan ini ialah pengabaian persetujuan-persetujuan sebelum ini yang berpandukan kerangka penyelesaian dua negara; menjadikan tuntutan rakyat Palestin kepada sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum 1967 tidak lagi terpakai.

 

 

“Dengan kata lain, rakyat Palestin dipaksa hidup di bawah aparteid Israel tanpa sebarang harga diri dan kebebasan. Keamanan hanya tinggal angan-angan dan kemakmuran hanya untuk Zionis.

 

 

“Wilayah-wilayah yang diduduki oleh rakyat Palestin akan kekal sebagai wilayah yang terpisah-pisah; tak ubah seperti bantustan yang tertakluk kepada kawalan penjajah Israel,” katanya lagi.

 

Nasib pelarian Palestin

 

Dalam bab pelarian, ujar Dr Hafidzi, rakyat Palestin yang menumpang teduh di negara-negara Arab jiran akan dinaturalisasikan sebagai sebahagian daripada proses normalisasi. 

 

“Tiada perincian diberikan tentang bagaimana perkara ini boleh dicapai. 

 

Apa yang pasti, nasib pelarian Palestin akan terus terabai atas tuduhan mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas,” tambahnya lagi.

 

Jelasnya, Trump hampir pasti akan menggunakan pelan ini untuk menghentikan sebarang bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin atas alasan untuk menangani keganasan yang mana sebarang penentangan rakyat Palestin yang sah di sisi undang-undang antarabangsa akan tetap dituduh sebagai satu bentuk keganasan. 

 

“Sebarang seruan boikot terhadap Israel juga akan dianggap sebagai penyubur keganasan dan dilabel sebagai anti-semitik. 

 

“Dengan kata lain, Israel akan kebal daripada sebarang tindakan yang mencabar tindakan jenayahnya ke atas rakyat Palestin,” katanya.

 

Berdasarkan perkembangan ini, gabungan NGO-NGO yang terlibat menyeru agar:

 

1. Satu usahasama masyarakat antarabangsa diwujudkan untuk menghentikan pelan jijik yang mahu melupuskan hak rakyat Palestin ini daripada terlaksana;

 

2. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar atau memanggil Majlis Keselamatan untuk meluluskan resolusi mengecam pelan tidak masuk akal ini;

 

3. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan forum-forum antarabangsa yang lain untuk bermesyuarat dan membuat pengisytiharan menolak pelan ini;

 

4. Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil menyatakan kebimbangan mereka terhadap nasib rakyat Palestin dan mendesak Amerika Syarikat agar menghormati hak rakyat Palestin daripada terus dicabuli oleh rejim Israel.

 

Selain MyCARE, NGO-NGO lain yang terlibat ialah MAPIM, ABIM, HALUAN Palestin, Muslim Care Malaysia, Malaysian Women Coalition for al-Quds and Palestine (MWCQP), ACCIN, Salam Palestin, WADAH, BDS Malaysia, PKPIM, Yayasan al-Quds Malaysia (QFM) dan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM).

 

Kredit foto: MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia