Tingkatkan Pendapatan Rakyat Satu Keperluan Mendesak

Tingkatkan Pendapatan Rakyat Satu Keperluan Mendesak | IKRAM

Kerajaan telah menetapkan pelaksanaan harga siling ayam dan telur ayam bermula 1 Julai 2022 dan akan dikekalkan untuk tempoh dua bulan.

Langkah ini merupakan pusingan U kepada pengumuman sebelumnya bahawa kerajaan akan memansuhkan harga siling ayam.

Langkah tersebut mengundang kritikan serta kemarahan di kala rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup sedangkan tahap kenaikan gaji bergerak dengan perlahan. 

Kementerian Kewangan pula telah membuat kenyataan bahawa perbelanjaan subsidi yang diunjurkan sebanyak RM77.3 bilion bagi tahun 2022 merupakan subsidi tertinggi yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan dalam sejarah.

Sejumlah besar (sebanyak RM37.3 bilion) diperuntukkan untuk subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair.

Rentetan pengumuman-pengumuman ini menunjukkan sikap kerajaan yang tidak konsisten dalam melaksanakan polisi, bermula dengan idea memperkenalkan semula GST diikuti dengan isu berkaitan harga siling ayam.

Hal ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam, peniaga dan juga pelabur.

Sekiranya niat kerajaan adalah untuk menguji sentimen awam – pilihan raya boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, ia tentunya telah berjaya. 

Kerajaan kini berhadapan dengan dilema mengurangkan beban fiskal subsidi dan pada masa yang sama, cuba mengawal kos sara hidup.

Asas bagi tindakan awal menarik balik harga siling dan subsidi makanan seeloknya dijelaskan, terutama apabila dibandingkan dengan subsidi petrol dan bahan api yang cukup besar jumlahnya.

Subsidi petrol dan bahan api merupakan subsidi yang memberi manfaat kepada semua anggota masyarakat, merentasi tahap pendapatan. Begitu juga dengan harga siling dan subsidi makanan yang turut memberi manfaat kepada semua.

Walau bagaimanapun, penarikan sokongan kewangan kerajaan ke atas barangan makanan dijangka akan lebih mengesani golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2019, isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan menghabiskan 28.9 peratus daripada perbelanjaan mereka untuk barangan makanan, berbanding isi rumah berpendapatan lebih RM15,000 sebulan yang hanya membelanjakan sebanyak 11.3 peratus perbelanjaan mereka.

Trend yang sama dapat diperhatikan merentasi keseluruhan julat pendapatan. Isi rumah berpendapatan rendah berbelanja dengan kadar lebih besar untuk makanan manakala isi rumah berpendapatan tinggi berbelanja dengan kadar lebih kecil.

Justeru, pertimbangan untuk memansuhkan sokongan kewangan kerajaan dan subsidi untuk barangan makanan sedangkan subsidi petrol dan bahan api dikekalkan adalah tidak wajar.

Dalam keadaan normal, rasionalisasi subsidi dan pemansuhan harga siling adalah merupakan tindakan yang wajar kerana dapat menghasilkan pasaran yang lebih sihat.

Malah, subsidi dan harga siling hanyalah instrumen berbentuk jangka pendek yang tidak mampan untuk ekonomi pada jangka panjang.

Walaupun pengumuman telah dibuat berkenaan bantuan kewangan bersasar kepada golongan yang memerlukan, namun tekanan terhadap kos sara hidup masih dikhuatiri ketika pendapatan rakyat masih lagi belum pulih akibat daripada kesan pandemik Covid-19 sebelum ini. 

Bukan sahaja golongan B40, malah golongan M40 turut terkesan. Golongan M40 sering dilupakan oleh ahli politik dan penggubal dasar di Putrajaya.

Oleh yang demikian, keperluan bagi kerajaan meningkatkan pendapatan golongan B40 dan M40 adalah lebih mendesak demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Hal ini sangat kritikal memandangkan beban hutang isi rumah yang tinggi pada 89 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat Disember tahun lepas, selain daripada kos sara hidup yang terus meningkat.  

Peluang pekerjaan seharusnya diwujudkan untuk pekerjaan-pekerjaan berkemahiran sederhana dan berkemahiran tinggi dengan melipatgandakan promosi pelaburan dalam industri yang memberi nilai tambah, dan melalui peningkatan produktiviti dan inovasi. 

Latihan kemahiran dan memahirkan semula golongan pekerja harus diberi keutamaan. Usaha-usaha ini mampu membuahkan hasil dengan syarat ekosistem kondusif yang mendorong inovasi dapat diwujudkan.

Sehubungan itu, isu-isu struktur dalam ekonomi, usaha membasmi najis rasuah dan ketirisan dana negara dan beban industri hutang hendaklah ditangani dengan serius dan segera. 

Dengan prasyarat yang demikian, peningkatan dalam rantaian nilai teknologi dan inovasi serta kreativiti mampu menjadi batu asas demi masa depan negara yang makmur untuk semua.

Hj Badlishah Sham Baharin, Presiden IKRAM
Mohammad Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia