Teruskan dakwah walaupun platform berubah

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Wanita pada Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) JIM di Kompleks Darul Puteri di sini pagi tadi.

“Marilah kita fokuskan usaha kita bagi mencapai matlamat besar dalam perjuangan ini dan mencari ruang-ruang untuk kita terus berperanan menyebarluaskan dakwah mengajak manusia kepada Allah semata-mata… Kita tidak seharusnya hilang fokus utama disebabkan perkara-perkara kecil yang sedang kita lalui dalam proses mencari keserasian bekerja dalam organisasi baru,” katanya.

Demi membuka ruang lebih besar untuk berdakwah di tengah masyarakat, JIM telah bergabung dengan Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH), Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS) dan Aqsa Syarif Berhad untuk membentuk organisasi dakwah baru, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada 22 Oktober 2009.

Sambil menyeru semua ahli JIM supaya bersikap matang dalam menangani kepelbagaian dan karenah transformasi ini, Hjh Che Asmah mengingatkan bahawa sikap meminggirkan diri dari arus perjuangan akibat berkecil hati, tidak serasi dan sebagainya tidak harus berlaku kerana “tidak seharusnya ada yang menganggur dalam medan dakwah”.

“Ingatlah bahawa dakwah ini hendaklah digerakkan bersama dalam satu tanzim yang kukuh dan bukan dilakukan sendiri-sendiri. Keberkatan datang bersama jamaah.”

Perkembangan politik dan sosial yang berlaku di luar dan dalam negara seperti kebangkitan rakyat di negara-negara Arab, tuntutan proses pilihan raya yang adil dan telus di Malaysia, pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta tuntutan pengamalan seks bebas oleh golongan LGBTIQ menunjukkan masyarakat kini sedang tercari-cari pimpinan yang boleh menyelamatkan dunia selain mampu menangani segala kebejatan yang berlaku.

“Sudah sampai masanya sistem Islam mengambil alih tampuk kuasa menggantikan sistem yang ada. Adakah dakwah kita selama ini sudah cukup (hingga) membolehkan kita mengambil kesempatan ini menawarkan penyelesaian syariah kepada permasalahan dunia yang ada?” soal beliau.

Ketua Wanita turut menekankan pentingnya kerjasama serta sikap saling menyokong antara wanita dan lelaki dalam dakwah, sebagaimana firman Allah dalam ayat ke-71 surah at-Taubah.

“Saya mewakili akhawat Wanita JIM seluruh negara sekali lagi mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para suami, bapa dan ikhwah seperjuangan yang sering berada di sisi kami mengizinkan kami para akhawatmu aktif di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mukminah. Izin dan redha kalian adalah merupakan juzuk penting buat perjalanan hidup dan perjuangan kami,” katanya lagi.

Pada akhirnya, beliau kongsikan pesanan daripada Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Dr Muhammad Badi’ yang dinukilkan dalam bentuk surat peribadi kepada suami-suami Muslim. Mudah-mudahan bingkisan kepada perkara-perkara asas daripada tokoh utama Ikhwan ini mengukuhkan lagi perjalanan kehidupan dan perjuangan kita semua.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia