PPN terakhir JIM sederhana tetapi meriah

CHERAS – Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengadakan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke-21 hari ini di Kompleks Darul Puteri Cheras dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah. Tema PPN kali ini ialah “Syariah Terlaksana Masyarakat Sejahtera”.

Teruskan dakwah walaupun platform berubah

CHERAS – Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim menyeru supaya wanita terus memantapkan kerja dakwah dan memimpin gelombang perubahan walaupun JIM kini berada pada era transformasi.