Terima kasih kakitangan KKM, rakyat perlu ubah gaya hidup

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kakitangan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani kes COVID-19.

 

IKRAM amat menghargai khidmat cemerlang pasukan KKM di barisan hadapan. Selain berdepan risiko jangkitan, mereka pasti keletihan, tiada cuti dan tiada rehat.

 

IKRAM menyeru rakyat Malaysia supaya bersolidariti dan bekerjasama untuk mengawal jangkitan serta tidak memburukkan keadaan.

 

Rakyat perlu berkorban dengan mengubah gaya hidup untuk sementara waktu demi menyumbang kepada kawalan virus ini.

 

Rakyat perlu mengurangkan pergerakan, percutian, perjalanan dan perjumpaan atau perhimpunan yang melebihi 20 orang.

 

Selain itu, sentiasalah mematuhi arahan dan langkah-langkah yang disarankan KKM antaranya:

 

i) Mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

 

ii) Membasuh tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat atau menggunakan ‘hand sanitiser’.

 

iii) Mengelakkan daripada mendekati mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti batuk atau selesema.

 

iv) Mengamalkan etika batuk iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta-merta.

 

v) Jika mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan, sila pakai penutup hidung dan mulut (face mask) serta kekalkan jarak yang selamat (iaitu sekurang-kurangnya 1 meter) daripada orang lain di persekitaran.

 

Dengan kerjasama rakyat Malaysia melalui langkah-langkah ini, ia akan mengurangkan bebanan tugas pasukan KKM yang sedang bekerja keras untuk membendung COVID-19 di barisan hadapan.

 

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada pasukan ini seterusnya menghindarkan kita daripada wabak ini.

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia