Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan: Raikan Kepelbagaian

Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan: Raikan Kepelbagaian | IKRAM

‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ merupakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Pemilihan tema ini adalah selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju serta makmur berteraskan enam nilai madani iaitu kemampanan, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Salah satu keunikan Melaysia adalah terdapat pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya pada rakyatnya.  Setiap komuniti mempunyai anutan agama, budaya dan cara pemikiran tersendiri yang membawa kepada bagaimana mereka berfikir serta bertindak dalam amalan kehidupan seharian. 

Kepelbagaian ini merupakan sebahagian daripada bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Allah sebagai al-Khaliq (Maha Pencipta) mampu mencipta manusia dalam berbeza agama, warna, bangsa, budaya dan bahasa. Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih takwanya (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mendalam Pengetahuan-Nya.”

Ayat ini ditujukan kepada semua lapisan masyarakat sama ada yang beragama Islam mahupun tidak. Kemajmukan (plurality) dalam masyarakat bukanlah satu halangan kepada perpaduan dan penyatuan.

Hal ini juga bukan bahan kepada seruan perkauman yang sempit. Sebaliknya, kepelbagaian ini merupakan satu rahmat serta hikmah agar manusia saling berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. 

Tidak cukup sekadar bertaaruf antara satu sama lain, sebagai manusia dan anggota dalam sebuah masyarakat, Allah menyeru kita untuk saling menolong dalam membuat kebajikan dan ketakwaan. Allah melarang kita untuk bekerjasama dalam melakukan dosa, maksiat, permusuhan serta pencerobohan (Surah al-Maaidah: 2). 

Kedua-dua ayat yang terdapat pada surah al-Hujuraat dan al-Maaidah ini telah diaplikasikan oleh Rasulullah SAW ketika menangani pluralisme agama, kaum dan budaya masyarakat Madinah dalam bentuk Piagam Madinah. 

Piagam ini menuliskan kebebasan masyarakat bukan Islam untuk hidup bersama-sama Muslim dalam satu komuniti.

Setiap ahli masyarakat boleh menunaikan ibadat mereka tanpa menindas dan menekan mana-mana agama yang lain. Apabila musuh dari luar menyerang Madinah, setiap ahli masyarakat wajib mempertahankannya.

Justeru, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama rata tanpa mengira agama dan bangsa. Hak yang sama rata ini juga disusuli dengan tanggungjawab yang sama rata  dan setimpal.

Perbezaan dalam mendapatkan hak akan wujud berdasarkan keperluan individu kerana faktor-faktor tertentu. Faktor tersebut adalah seperti faktor fizikal, sosioekonomi, keupayaan dan suasana geografi. 

Namun begitu, kelebihan yang diberikan pula tidaklah mengambil hak rakyat yang lain. Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat berhak mendapatkan hak dalam ekonomi, pendidikan, kesihatan, pembangunan, kebajikan, keselamatan, keamanan dan politik yang sama rata berdasarkan polisi-polisi kerajaan Malaysia Madani.

Selain itu, rakyat juga wajar mempunyai tekad perpaduan yang kuat untuk mempertahankan negara yang kita cintai ini daripada ancaman musuh luaran dan dalaman.

Ancaman luaran adalah merujuk kepada musuh-musuh asing. Ancaman dalaman pula terdiri daripada unsur-unsur yang boleh menggugat serta mengancam keselamatan, keharmonian dan kerukunan masyarakat. 

Contohnya, fahaman perkauman yang ekstrem, jenayah, pengganas atas nama bangsa dan agama, penyelewengan kuasa, rasuah dan kewujudan kumpulan-kumpulan subversif. 

Tanggungjawab menjaga keamanan negara serta kemaslahatan sejagat ini tidak memerlukan kepada kompromi dasar-dasar agama.

Justeru, hak-hak keistimewaan warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam kekal terjaga tanpa menggugat hak-hak warganegara daripada bangsa dan agama lain. Inilah keindahan dan kebaikan yang diterapkan melalui konsep Malaysia Madani.

Kepelbagaian merupakan salah satu fitrah alam dan sunnatullah. Setiap lapisan masyarakat perlu bersikap optimis dalam melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya. 

Pertembungan perbezaan bukan merupakan sumber konflik dan perselisihan. Sebaliknya, hal ini harus dilihat sebagai peluang dan aset kekuatan, kreativiti, kekayaan dan kedinamikan kemajuan. 

Perbezaan budaya juga tidak menjadi cabaran dan halangan utama untuk hidup secara aman, harmoni serta sejahtera seandainya tekad perpaduan dapat disemai dalam setiap ahli masyarakat.

Ayuh kita semua bersama-sama berusaha menanam tekad perpaduan agar dapat memenuhi gagasan Malaysia Madani.

Rakyat sejahtera ekonomi mampan,

Itulah impian itulah harapan,

Malaysia Madani kita jayakan,

Tekad perpaduan penuhi harapan.

Dr Maimunah Fadzil, Nurhasyimah Mohd Salleh dan Dr Rosma Mohd Dom
Wanita IKRAM Negeri Melaka

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia