Tarbiah tanpa sempadan persiap aktivis dakwah

Di Belgaum, India, Mukhayyam Nuh telah diadakan pada 24-26 Disember 2015 yang bertemakan “Kami izzah dengan fikrah kami (Islam) dan kami mengorak langkah dengan dakwah kami”. Sesi Taaruf Game ‘lap-sitting’ dan Team Building ‘truth & truth’ diadakan bagi mengeratkan ukhuwah peserta dan membina kumpulan. 

    

Perkongsian Ustaz Syazalie, perjalanan ke Goa dan di air terjun Sural

Perkongsian wasilah Mukhayyam telah disampaikan oleh Dr Amir Syahir Amir Hamzah kepada para peserta sementara Ustaz Syazalie Hirman, Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM berkongsi beberapa usul daripada asas kefahaman Islam iaitu Usul 20, mengupas mengenai risalah iman dan tauhid serta mengendalikan nadwah mengenai sejarah dakwah Syeikh Hassan al-Banna.

    

Aktiviti jungle trekking

Bagi memantapkan fizikal, peserta mengikuti jungle trekking merentasi laluan trek pergunungan sepanjang 7 kilometer sambil menyiapkan beberapa tugasan mukhayyam serta berpeluang menyaksikan pemandangan air terjun Sural di Goa sepanjang 100 meter dari bahagian atas.

Pada 1-3 Januari lalu, Mukhayyam HAMKA 6.0 Muayyid Nasional telah diadakan di Lembang, Bandung, Indonesia bertemakan ‘Daie Tangguh (Kuat) Harapan Ummah’ di mana konsultan BSL IKRAM, Ustaz Hajar Opir telah berkongsi persiapan mahasiswa dalam melaksanakan amal jama’ie.

    

Ustaz Hajar, nadwah dan Hj Shahrul Aman

Beliau juga berkongsi dengan para peserta cara-cara untuk menajamkan kemahiran dakwah terutama dalam kemahiran melakukan amal ta’rif kepada sasaran dakwah. Para peserta turut menyertai nadwah mengenai ‘Hubungan Iman dan Ukhuwah’ bagi memahami dan memperkukuh pemahaman ukhuwah dalam menjaga iman.

Meskipun sibuk menjalankan tugas sebagai Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari tidak ketinggalan untuk bertemu dengan para peserta dan menyampaikan perkongsian yang bertajuk ‘Kepemimpinan Harapan Ummah’. Beliau juga menggesa peserta supaya membina sifat kepemimpinan dalam skala individu mahupun berkumpulan dan memahami keperluan untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

    

Aktiviti outdoor dan khidmat masyarakat 

Para peserta juga melakukan aktiviti ‘outdoor’ seperti games ukhuwah, trekking sungai dan daratan, khidmat masyarakat dengan memungut sampah serta membaca ma’thurat di kawasan outdoor. 

Menurut Pengerusi Biro Seberang Laut (BSL) IKRAM, Hj Azman Ali yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, program-program sebegini sememangnya diadakan saban tahun oleh BSL IKRAM bagi menyediakan mahasiswa luar negara yang seimbang daripada sudut rohani, mental dan jasmaninya, sesuai dengan matlamat IKRAM untuk melahirkan generasi penggerak dakwah dan kebajikan melalui sistem tarbiahnya.

“Jadi, mereka akan menjadi ejen dalam menyampaikan seruan kebaikan dengan sesiapa sahaja termasuklah menyumbang kepada pembangunan masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti, insyaa-Allah,” jelas beliau.

BSL IKRAM adalah sebuah biro di bawah Pejabat Presiden IKRAM yang menjalankan aktviti pembangunan modal insan untuk warga Malaysia di luar negara terutamanya mahasiswa bagi membina jatidiri Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan semasa berada di sana.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia