Tajaan Anak Yatim Afghanistan, Lubnan & Yaman Dibuka

Tajaan Anak Yatim Afghanistan, Lubnan & Yaman Dibuka | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Setelah Palestin, Syria, Filipina dan Rohingya, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) kini melancarkan Projek Penajaan Anak Yatim di Afghanistan, Lubnan dan Yaman, 

“Konflik yang hampir mencecah lima dekad akibat daripada penjajahan Amerika Syarikat telah memberi kesan kepada lebih 600,000 balu di Afghanistan dan mengakibatkan jumlah anak yatim juga semakin bertambah,” ujar MyCARE.

Selain penderitaan akibat peperangan dan bencana, krisis kemanusiaan dan ekonomi yang semakin meruncing juga menjejaskan kehidupan anak-anak yatim yang tinggal di kem-kem pelarian di sesetengah negara seperti Lubnan.

“Konflik kemanusiaan yang berterusan di Yaman turut menjejaskan kehidupan wanita dan kanak-kanak kepada eksploitasi, penderaan, keganasan domestik dan berasaskan jantina, buruh paksa, perkahwinan kanak-kanak dan tekanan psikososial.”

Terdahulu, Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE telah dilaksanakan sejak tahun 2010 yang bermula dengan penajaan anak yatim Palestin.

Sempena Bulan Anak Yatim pada bulan ini, MyCARE turut menganjurkan pelbagai program sepanjang kempen pada tahun ini, antaranya Orphan Fun Meet, Edutrip with Orphan,, Orphan in Ramadan serta Kempen Dana Penajaan Orange4Orphan dan GiftBox For Orphan.

1. Tajaan anak yatim secara bulanan atau tahunan

https://bit.ly/m/DaftarTaja

2. Sumbangan anda kepada anak yatim dan asnaf

https://mycare.qrd.by/tajayatim

3. Info lanjut tajaan:

https://www.mycare.org.my/sponsorship/

Bakal penaja yang berminat juga boleh menghubungi Ruhaiza Musanip atau Raimi Sayuti di nombor +60 13-744 4760 / +603-8941 2341.

“Jom sama-sama kita tingkatkan sedekah, derma dan wakaf kerana itulah yang kekal dan menetapkan pahala kebaikan untuk kita,” ujarnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia