Tahun Baharu 2024: Berganding Bahu Bangunkan Jiwa

Tahun Baharu 2024: Berganding Bahu Bangunkan Jiwa | IKRAM

Selamat Tahun Baharu semua! Kita baru saja melangkah ke tahun 2024 berdasarkan situasi diri sendiri dan persekitaran masing-masing. Sudah tentu lembaran baharu ini dibentangkan atas semangat dan keazaman baharu untuk mencapai sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sepanjang setahun yang lalu, pasti berbagai-bagai usaha telah kita lakukan. Mungkin ada yang berjaya, ada yang gagal (belum berjaya) dan ada yang separuh jalan. Kesemuanya mengajar kita erti kehidupan. Tiada istilah gagal mutlak.

Setidak-tidaknya kita berjaya menjadi insan yang bertakwa, warganegara yang baik, tidak terjebak rasuah, punya keluarga yang bahagia, berkasih sayang dan bersifat rahmah kepada semua makhluk, mengajak kepada kebaikan, mengelakkan perpecahan serta bekerja untuk membina sebuah negara Malaysia yang makmur, harmoni dan diberkati Ilahi.

Kalau beginilah usaha dan pemikiran kita sepanjang tahun 2023, insya-Allah dan alhamdulillah, kita boleh dikira berjaya menjadi manusia! 

Masyarakat masih banyak kekurangan di sana sini. Kita yang diberi sedikit kesedaran sepatutnya tampil untuk menampal lompong-lompong yang ada menurut kemampuan kita.

Jika kita memiliki kemahiran dalam bidang pengurusan pendidikan, curahkanlah bakti kita untuk membantu keluarga-keluarga B40, misalnya, cara-cara untuk menjadikan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. 

Kita tidak perlu membuka kelas tuisyen untuk mereka, tetapi secara strategiknya, kita ajar ibu bapa bagaimana untuk membantu anak-anak mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Iktibar daripada pandemik Covid-19 sejak empat tahun yang lalu, kita sedar bahawa menyediakan simpanan kewangan atau menabung menjadi semakin penting sekarang.

Kerjaya tidak stabil macam dahulu. Penyakit sudah semakin sukar diramal, datangnya tiba-tiba dan orang yang mendapat sakit mungkin tidak berupaya bekerja selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Cabaran dari sudut ekonomi dan sosial semakin menyesakkan dada. Ada situasi ekonomi yang boleh kita kawal, tetapi ada juga masalah yang bersifat global di luar kawalan kita.

Tahun lalu juga menyaksikan perpaduan kaum ibarat sarang tebuan yang cuba dijolok-jolok. Kita berharap rakyat Malaysia masih waras dengan bertindak secara berhati-hati dan bijaksana supaya isu perpaduan kaum ini tidak terus diapi-apikan. 

Kita berdoa mudah-mudahan isu perpaduan dan perkauman ini tidak meletup kerana jika ditakdirkan ia meledak dan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi malapetaka besar buat negara. Kita berlindung dengan Allah daripada yang demikian.

Semoga tahun 2024 yang baru kita lalui ini menjanjikan sinar keindahan yang sebenar. Marilah kita berganding bahu membangunkan jiwa kita semua – lelaki, wanita, belia, remaja dan anak-anak kecil – memahami erti dan tujuan hidup, berusaha menyelesaikan cabaran dalaman dan luaran, bertolak ansur, mengamalkan kesepakatan, menolak persengketaan dan hidup bahagia dalam negara tercinta ini.

Marilah juga kita berdoa semoga Allah menghentikan peperangan di Palestin, memenangkan kebenaran, menghancurkan kezaliman dan menjadikan dunia ini aman damai. 

A Ralim M Yassen
Editor

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia