Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Azman bin Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH).
IKRAM mengalu-alukan pemilihan seorang profesional bagi menerajui TH.
IKRAM sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memantapkan institusi negara melalui kepimpinan yang berwibawa dan tadbir urus yang baik.
Didoakan semoga YBhg Tan Sri Azman dapat membawa TH ke arah hala tuju yang lebih cemerlang demi kegemilangan ummah dan negara Malaysia.
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia