Tahniah Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas baharu

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan jutaan tahniah kepada Ismail Haniyeh atas pelantikan sebagai Ketua Biro Politik Hamas menggantikan Khaled Meshaal dalam sesi pemilihan barisan pimpinan Hamas yang baharu pada Sabtu, 6 Mei 2017.

Pelantikan ini merupakan bukti yang jelas terhadap iltizam Hamas untuk memastikan amalan demokrasi terus subur dalam gerakan mereka. Pelantikan ini juga begitu bermakna kerana ia berlaku beberapa hari selepas Hamas mencipta satu lagi sejarah melalui pelancaran piagam Hamas yang baharu pada 1 Mei baru-baru ini.

Dalam piagam ini, Hamas turut menyatakan iltizam untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dan kesediaan untuk menghormati keputusan-keputusan yang dicapai secara konsensus oleh rakyat Palestin; tuntutan umum rakyat mendahului aspirasi politik Hamas.

IKRAM melalui Aqsa Syarif mempunyai pengalaman peribadi dengan Ismail Haniyeh melalui misi-misi kemanusiaan yang dilaksanakan di Gaza dari tahun 2011 hingga 2013. Ketika itu, Ismail Haniyeh masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri Palestin.

Ahli-ahli delegasi sempat beberapa kali bertemu sendiri dengan Ismail Haniyeh dan bertukar-tukar pandangan tentang usaha menambah baik taraf kehidupan warga Gaza yang dikepung oleh rejim Zionis Israel sejak 2007.

Pelantikan Ismail Haniyeh sebagai Ketua Biro Politik Hamas yang baharu merupakan satu keputusan yang tepat berdasarkan pengalaman dan ketokohan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Palestin (2006-2014) dan memimpin penduduk Gaza melalui tiga buah perang pada Disember 2008, November 2012 dan Julai-Ogos 2014.

Beliau bahkan merupakan salah seorang pemimpin awal Hamas yang telah melalui pelbagai cabaran (ditangkap, dipenjara, cubaan bunuh) termasuk dibuang ke Marj al-Zahour di Selatan Lubnan bersama asy-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantissi dan lebih 400 orang aktivis Hamas pada tahun 1992.

Dengan kata lain, beliau adalah seorang pemimpin yang kaya dengan pengalaman yang mampu membawa perjuangan Hamas ke fasa yang seterusnya.

Tahniah sekali lagi kepada Ismail Haniyeh atas pelantikan ini. IKRAM turut berkongsi kegembiraan ini dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan beliau demi maslahat kemanusiaan di Palestin.

Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia