ERAT 2017 platform persediaan sebagai mahasiswa

SERI KEMBANGAN – Seramai 106 orang pelajar lepasan SPM daripada pelbagai sekolah seluruh Malaysia telah menyertai Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT 2017) yang berlangsung pada 24 hingga 26 April lalu dengan mendapat pelbagai pendedahan dan perkongsian pengalaman sebagai mahasiswa.