Solat: Tunaikan Walaupun Sukar

Ahad, 4 Oktober 2015 – Kursus Cara Solat Orang Sakit dan Musafir di Surau Al-‘Izzah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta, melebihi pendaftaran awal melalui whatsapp iaitu seramai 70 orang. Seperti aktiviti-aktiviti Surau Al-‘Izzah lain yang bersifat inklusif, kursus separuh hari (8:30 pagi – 1:00 ptg) ini turut disertai oleh peserta dari luar, antaranya dari Selayang, Taman Melati, Taman Keramat dan Kepong.