Bantu Pembeli Pertama Miliki Rumah

21 September 2016 – IKRAM Wilayah Persekutuan (IKRAM WP) menyambut baik gesaan The National House Buyers Association (HBA) agar pembeli rumah membuat semakan secukupnya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah dan memastikan rumah yang dibeli adalah berdasarkan pendapatan dan kemampuan masing-masing. Gesaan ini dikemukakan lantaran cadangan Tan Sri Noh Omar (Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) untuk memberi pemaju perumahan lesen pemberi pinjaman kewangan bagi membantu rakyat membeli rumah.