Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa

Selasa, 22 Dis 2015 – Majlis Perasmian Usrah di Kolej UNIKOP anjuran bersama IKRAM Daerah Batu dan Kelab Rakan Surau (Karisma) Kolej UNIKOP telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kolej UNIKOP En Muhammad Islahudin Abdullah. Dalam ucapan perasmiannya, En Islahudin mengimbau kembali pengalaman beliau mengikuti usrah semasa di alam persekolahan dan natijah usrah itu dapat dirasai sehingga 20 tahun selepas itu. Beliau menyambut baik usaha ini dan mengucapkan terima kasih kepada IKRAM Daerah Batu yang sudi berkerjasama dengan Kolej UNIKOP untuk menggerakkan usrah di UNIKOP.
IKRAM Siswa Meraikan Kedatangan Pelajar Baru Asasi UNIMAS
KOTA SAMARAHAN – Pusat pengajian pra-universiti merupakan salah satu pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
Sudah semestinya, ppelajar-pelajar baru ini membawa harapan yang menggunung untuk meneruskan kecemerlangan serta ingin membentuk peribadi ke arah yang lebih baik dan holistik.
Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, IKRAM Siswa dengan motonya ‘Akhlak, Khidmat dan Ukhuwah’ tampil membantu dan ingin merealisasikan cita-cita dan harapan pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan akademik sejajar dengan matlamat universiti di samping memiliki akhlak dan peribadi yang mantap.
Mahasiswa Berbakti Kepada Masyarakat Sertai Gotong-royong
LUTONG, MIRI – Jawatan Kuasa Kampung (JKK) Kampung Pengkalan, Lutong sekali lagi telah menjemput Ikram Siswa Miri (ISM) untuk bersama-sama menyertai Gotong-Royong Perdana Kampung Pengkalan 2015.
Pada tahun yang lalu, ISM telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan gotong-royong bersama masyarakat kampung bagi mendedahkan mahasiswa dengan realiti masyarakat serta mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk menerapkan sikap kesukarelawanan dalam diri mahasiswa.
KOMSIS julung-julung kali diadakan, kumpul 102 mahasiswa Sarawak
Konvensyen Mahasiswa IKRAM (KoMSIS) yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Gua Long House, Miri baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan seramai 102 orang mahasiswa dari seluruh Sarawak. Menyedari hasrat untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai kekuatan mental, fizikal dan spiritual demi membangunkan Islam, KoMSIS yang julung-julung kali diadakan ini bertemakan akhlak, khidmat dan ukhuwwah.
Objektif utama KoMSIS adalah mendedahkan para peserta dengan hala tuju IKRAM Siswa dan perkongsian hasrat gagasan Harmoni kepada mahasiswa IKRAM seluruh Sarawak. Di samping itu, konvensyen mahasiswa kali ini bertujuan menyusun dan menstruktur IKRAM Siswa seluruh Sarawak untuk memantapkan gerak kerja mahasiswa di kampus masing-masing.
Riadhah Mahasiswa Institut Kemahiran MARA
‘Berikan aku 10 mahasiswa, nescaya aku akan menggoncang dunia’.
Begitulah kata-kata Presiden Soekarno yang menggambarkan betapa besarnya pengaruh mahasiswa dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat.
Namun, apa yang kita lihat realiti pada masa kini, mahasiswa terbelenggu dengan skop pemikiran yang sempit serta jati diri yang lemah.
Justeru atas kesedaran ini, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan program Riadah Mahasiswa Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu.
IKRAM Siswa UNIMAS Santuni Pelajar Asasi UNIMAS

KOTA SAMARAHAN – Pusat pengajian prauniversiti atau asasi menjadi salah satu pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Kedatangan pelajar-pelajar baru ini disambut dengan penuh harapan untuk memastikan kecemerlangan yang berterusan dalam hidup mereka.
Oleh itu, dengan penuh rasa bertanggungjawab, IKRAM Siswa yang bermoto “Akhlak, Khidmat dan Ukhuwah” ingin membantu meningkatkan potensi dan kemampuan pelajar-pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan akademik sejajar matlamat universiti di samping memiliki akhlak dan peribadi yang mantap.