Perasmian Kompleks IKRAM Johor
![komp-1](https://ikram.org.my/wp-content/uploads/2011/04/komp-1.jpg)
JOHOR BAHARU – Ucapan dan majlis perasmian Kompleks IKRAM Johor telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad, pada pagi Sabtu, 23 April 2011.
IKRAMTeens bantu bimbing pesalah juvana
SEPANG – Dalam rangka mendidik dan membangunkan remaja yang bermasalah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor dengan kerjasama dan IKRAMTeens Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) baru-baru ini telah menganjurkan program pembangunan sahsiah remaja, “Keindahan Bersama-Mu” (KBM).
MUBIN wadah kesatuan jaringan usahawan
SERI KEMBANGAN – 27 Mac 2011 menjadi satu tarikh istimewa buat Persatuan Jaringan Bisnes Muslim Malaysia (MUBIN) apabila pada hari tersebut, persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya pada 10 Disember 2010 lepas berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama.
Jom I perkenal dakwah IKRAM
KUALA PILAH – Buat julung-julung kalinya, IKRAM Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan Karnival Keluarga Cemerlang (KKC) dengan konsep Jom I.
Program ini bertujuan memperkenalkan dakwah IKRAM kepada masyarakat setempat khususnya, selain menyedarkan masyarakat akan peri pentingnya pembentukan keluarga terpimpin dan memberi kesedaran serta ilmu kepada remaja dan ibu bapa tentang sahsiah keluarga.
Ucaptama Ketua Wanita di Pemasyhuran Wanita IKRAM
Ucaptama Ketua Wanita di Pemasyhuran Wanita IKRAM
19 Mac 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
KETEGUHAN JATI DIRI WANITA
TERAS KECEMERLANGAN UMMAH
كُلُواْ مِن رِّزۡقِ رَبِّكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لَهُۚ ۥ بَلۡدَةٌ۬ طَيِّبَةٌ۬ وَرَبٌّ غَفُورٌ۬ (١٥) فَأَعۡرَضُواْ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡہِمۡ سَيۡلَ ٱلۡعَرِمِ وَبَدَّلۡنَـٰهُم بِجَنَّتَيۡہِمۡ جَنَّتَيۡنِ ذَوَاتَىۡ أُڪُلٍ خَمۡطٍ۬ وَأَثۡلٍ۬ وَشَىۡءٍ۬ مِّن سِدۡرٍ۬ قَلِيلٍ۬ (١٦) ذَٲلِكَ جَزَيۡنَـٰهُم بِمَا كَفَرُواْۖ وَهَلۡ نُجَـٰزِىٓ إِلَّا ٱلۡكَفُورَ (١٧) وَجَعَلۡنَا بَيۡنَہُمۡ وَبَيۡنَ ٱلۡقُرَى ٱلَّتِى بَـٰرَڪۡنَا فِيہَا قُرً۬ى ظَـٰهِرَةً۬ وَقَدَّرۡنَا فِيہَا ٱلسَّيۡرَۖ سِيرُواْ فِيہَا لَيَالِىَ وَأَيَّامًا ءَامِنِينَ (١٨) فَقَالُواْ رَبَّنَا بَـٰعِدۡ بَيۡنَ أَسۡفَارِنَا وَظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ فَجَعَلۡنَـٰهُمۡ أَحَادِيثَ وَمَزَّقۡنَـٰهُمۡ كُلَّ مُمَزَّقٍۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّكُلِّ صَبَّارٍ۬ شَكُورٍ۬ (١٩) لَقَدۡ كَانَ ۖ لِسَبَإٍ۬ فِى مَسۡكَنِهِمۡ ءَايَةٌ۬ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ۬ وَشِمَالٍ۬ۖ
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba`, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun. (15)