MUBIN wadah kesatuan jaringan usahawan

Mesyuarat agung tahunan MUBIN ini dihadiri kira-kira 50 ahlinya dari seluruh negara dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Prof Dr Mohamed Hatta Hj Shaharom. Beliau dalam ucapannya mengingatkan para hadirin akan pentingnya sifat jujur dan amanah bagi seorang Muslim.

Selain beliau, majlis turut dihadiri Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamarudin dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM, Ir Azme Idris.

MUBIN

MUBIN

MUBIN

MUBIN

Dr Ahmad Zainudin, Sdr Kasim Ali dan Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berucap kepada hadirin.

Mantan YDP MUBIN sesi 2010/2011, Jusni Yusoff dalam ucapan pembukaannya, mengingatkan semua ahli mengenai peranan MUBIN sebagai wadah untuk para usahawan bersatu.

“Saya juga perlu tekankan keahlian MUBIN terbuka kepada para usahawan dan juga kepada mereka yang bukan dalam kalangan usahawan. Hal ini adalah untuk menggalakkan kerjasama bisnes,” katanya lagi.

Beliau juga menekankan bahawa MUBIN juga berperanan untuk mempromosi amalan baik dan soleh dalam perniagaan.

MUBIN

Barisan kepimpinan MUBIN 2010/2011

Dalam sesi mesyuarat agung tahunan ini, pemilihan jawatankuasa kepemimpinan baru telah diadakan oleh perwakilan yang hadir. Melalui pemilihan kali ini, Tn Hj Ir Azme Idris, Pengerusi sebuah syarikat kejuruteraan, Iktisas Ingenieurs Sdn Bhd Telah dipilih sebagai Yang Dipertua MUBIN yang baru, manakala Dato’ Aminudin Hasan, Ketua Eksekutif Kumpulan Sakata Sdn Bhd dipilih sebagai Naib Yang Dipertua MUBIN.

Barisan jawatankuasa lain yang dipilih bagi sesi 2011/2012 ialah Saudara Zainal Aman Shaari (Setiausaha), Dr Fauzan Hj Omar (Bendahari), Hj Wan Md Suhaimi Wan Sulaiman (Penolong Setiausaha), Hj Sahak Yasin (AJK), Hj Johari Maarof (AJK), dan Ustaz Ahmad Faridz Abdullah (AJK).

Majlis ini juga diserikan dengan beberapa agenda seperti penganugerahan Anugerah Khas MUBIN yang telah disampaikan kepada salah seorang ahli yang memainkan peranan besar dalam usaha awal penubuhan MUBIN iaitu Hj Jamaludin Shahidan.

Pada akhir program, perwakilan berpeluang mendengar pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan daripada dua usahawan ahli MUBIN iaitu Hj Johari Maarof, Pengarah JM Permata Sdn Bhd dan Hj Abdul Rashid Munir, Ketua Pegawai Eksekutif IC Microsystem Sdn Bhd. Bual bicara ini dikendalikan oleh Hj Ahmad Raji Yaakub yang juga merupakan ahli MUBIN.

MUBIN atau nama penuhnya diluluskan pendaftarannya pada 10 Disember 2010 dan kini mempunyai ahli seramai 116 orang. Persatuan yang beroperasi di Taman Melawati ini boleh dihubungi di talian 03-41086339.

MUBIN

MUBIN

Sebahagian ahli MUBIN tekun mendengar ucapan. Prof Dr Hatta (tengah) bersama YDP MUBIN, Ir Azme Idris (kiri) dan mantan YDP, Sdr Jusni Yusoff (kanan).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia