IKRAM Kuching santuni masyarakat di Kampung Rampangi
Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu. Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas.
Atas kesedaran ini melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Darus Salam, Program IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 25 Disember 2014 bertempat di Masjid Darus Salam, Kampung Rampangi.
IKRAM Sarawak Bersama Masyarakat Setempat
Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu.
Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas. Atas kesedaran ini melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Darus Salam, Program IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 25 Disember 2014 bertempat di Masjid Darus Salam, Kampung Rampangi.
Program ini disertai oleh 105 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang peserta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 13 tahun dan selebihnya peserta dewasa.