Tadau Kaamatan Harmoni bakal jadi produk pelancongan

Cadangan itu diutarakan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar selepas merasmikan sambutan itu mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dihadiri lebih 1,000 orang peserta dan orang ramai.

“Saya cadangkan kepada Ketua Menteri supaya program ini dijadikan sebagai program produk pelancongan dan didaftarkan dalam kalendar tahunan pelancongan negeri,” katanya.

Tambahnya, beliau juga mencadangkan supaya sambutan patuh syariah ini dilaksanakan di Masjid Bandaraya kerana masjid tersebut dikunjungi pelancong setiap hari.

“Apabila perayaan ini dibuat di sini, ia akan menghimpunkan lebih ramai orang daripada etnik Kadazan Dusun dan Murut yang beragama Islam dan ini boleh menarik perhatian pelancong terutama dari negara Islam.”

Jelasnya, banyak aktiviti boleh dilakukan sepanjang sambutan itu diadakan termasuk memperkenalkan produk Kadazan Dusun dan Murut yang lain seperti kraftangan.

“Ini salah satu usaha untuk persatuan atau masjid menambah hasil pendapatan, seterusnya boleh disumbangkan kepada yang memerlukan termasuk pertubuhan Kadazan Dusun dan Murut Islam yang lain.”

Turut hadir dalam sambutan itu adalah Mufti Sabah, Datuk Hj Bungsu @ Aziz Jaafar dan Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia (PKDMMS), Hj Nicholas Sylvester.

Sambutan dimeriahkan dengan perarakan kontinjen mengikut zon, cabutan bertuah, sumbangan beras kepada asnaf, anugerah tokoh-tokoh, Bual Bicara Kaamatan, pameran batik, makanan, kraftangan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna dan busana etnik Muslim.

Tadau Kaamatan Harmoni dianjurkan PKDMMS dengan kerjasama Masjid Bandaraya, Galeri Dee Batik Kg Bawang, Yayasan Islam Sabah (YIS), Golden Bufallo, Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Concern.

Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni di peringkat negeri ini telah diadakan secara rasmi sejak 2017 bertujuan untuk meraikan perayaan tradisi masyarakat Momogun di Sabah terutamanya dalam kalangan Muslim.

HCF telah memulakan inisiatif menyambut perayaan ini secara patuh syariah yang mendapat sokongan daripada Mufti Sabah. Lantaran itu, sambutan telah dilaksanakan di kampung-kampung sekitar Sabah yang mempunyai cawangan HCF sejak 2016 dan terus mendapat sambutan baik daripada masyarakat Momogun di sana.

Sumber: Berita Harian & HCF

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia