KUALA LUMPUR – Mendukung kempen meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti, Yayasan Ikram Malaysia mengambil inisiatif melancarkan tabung dana Program Cermin Mata Percuma (CMP).
Program dengan slogan kata ‘They See, They Learn’ ini memberi cermin mata percuma kepada pelajar sekolah daripada kalangan pelajar luar bandar dan golongan B40 yang kurang berkemampuan yang mempunyai masalah penglihatan.
‘Love Your Eyes’ iaitu ‘Sayangi Mata Anda’ adalah tema untuk sambutan Hari Penglihatan Sedunia tahun ini.
Ia menekankan unsur 4P dalam penjagaan kesihatan mata untuk mencegah kebutaan iaitu Prevent (Cegah), Protect (Lindung), Preserve (Pelihara) dan Prioritise (Keutamaan).
Berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014, prevalens kebutaan di Malaysia adalah 1.2 peratus daripada populasi negara dan antara punca utama kebutaan di Malaysia adalah katarak (58.6%), diabetik retinopati (10.4%) dan glaukoma (6.6%).
Manakala, penyebab utama penglihatan terhad adalah katarak (68%) dan rabun penglihatan yang tidak dirawat (14%). Walau bagaimanapun, hampir 80 peratus penyebab utama kebutaan boleh dirawat dan dicegah.
Rakyat Malaysia boleh menyumbang kepada program CMP ini melalui https://www.billplz.com/cmp atau terus salurkan ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank Islamic 5621 4240 4402) dengan rujukan ‘CMP.