Tabung Bantuan Palestin: Terengganu sumbang RM500,000

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar pada Malam Puisi Palestin di Dewan Konvenyen Taman Tamadun Islam (TTI) Jumaat lalu.

Beliau berkata, pemilihan bulan Ogos merupakan simbolik kepada kebakaran yang menimpa masjid itu pada bulan yang sama pada 1969 dan langkah itu diyakini dapat membangkitkan semangat rakyat untuk berjihad membela saudara seagama di sana.

“Saya ingin mencadangkan terutama kepada Taman Tamadun Islam (TTI) agar monumen Masjid al-Aqsa yang terdapat di situ dapat dijadikan asas semangat orang Terengganu,” kata beliau yang menyempurnakan pelancaran Tabung Bantuan Palestin pada malam itu.

    

Pelancaran tabung Palestin, deklamasi puisi oleh Dato’ Razif dan Dr. Fauziah

Ahmad Razif turut mendeklamasikan puisi bertajuk Jeritan Palestin dan membaca 12 deklarasi Taman Tamadun Islam (TTI) sempena Malam Puisi Palestin di hadapan kira-kira 2,000 penonton.

Turut deklamasikan sajak pada malam itu Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Dr. Hjh. Fauziah Mohd Hasan, Ahli Pemegang Amanah MyCARE.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato’ Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Selain itu, program anjuran MyCARE dengan kerjasama Kerajaan Terengganu ini diserikan lagi dengan pameran Palestin dan persembahan ‘flashmob’ oleh sukarelawan MyCARE, ceramah oleh Imam Ziad dari Palestin serta tayangan video mengenai Palestin.

Isi Kandungan Deklarasi Taman Tamadun Islam Terengganu (TTI)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang;

Bersempena dengan ‘Malam PUISI Palestin’ Peringkat Negeri Terengganu, kami rakyat Terengganu dengan sukacitanya mengishtiharkan;

Setelah mengkaji perkembangan yang membimbangkan di Palestin;

Menyemak semula resolusi-resolusi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi PBB seperti UNESCO, Majlis Hak Asasi Manusia dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyentuh isu Palestin, Masjid al-Aqsa dan Gaza;

Menyemak semula resolusi-resolusi yang dikeluarkan oleh sesi biasa dan luar biasa Sidang Kemuncak Islam (Islamic Summit) dan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (Organization Of Islamic Cooperation, OIC) yang menyentuh isu Palestin , Masjid al-Aqsa dan Gaza;

Mengesahkan hak-hak rakyat Palestin untuk hidup bebas dan merdeka serta hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air mereka sepertimana termaktub dalam al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, para sahabat, tabi’ tabien dan pendirian ulama-ulama kontemporari;

Menyedari potensi dan peranan besar yang boleh dimainkan oleh rakyat Terengganu khususnya di Malaysia amnya;

Kami komited untuk melaksanakan tindakan-tindakan konkrit sepertimana berikut;

1. Menyatu padukan usaha rakyat Terengganu khasnya dan rakyat Malaysia umumnya untuk menamatkan penjajahan Zionis Israel ke atas Palestin.

2. Mempertahankan kesucian Masjid al- Aqsa dan status Baitulmaqdis sebagai hak umat Islam dengan mengambil semua tindakan yang sesuai bagi menamatkan pendudukan haram Yahudi di Baitulmaqdis dan provokasi berterusan ke atas Masjid al-Aqsa melalui tindakan-tindakan seperti menghalang kemasukan rakyat Palestin, pencerobohan, pembahagian masjid secara ruang (spatial) dan masa (temporal), merosakkan asas-asas masjid melalui pengalian terowong-terowong di bawah dan di sekelilingnya serta;

3. Membela dan membantu rakyat Palestin sama ada yang berada di Baitulmaqdis, Tebing Barat, Gaza, kem-kem pelarian di Lubnan, Syria dan Jordan serta yang sedang mendapat perlindungan di Malaysia atas semangat persaudaraan juga perjuangan membebaskan Palestin;

4. Menyokong penuh semua usaha politik, diplomatik dan undang-undang oleh Malaysia mahupun warga antarabangsa ke arah merealisasikan hak-hak rakyat Palestin sesuai dengan peruntukan undang-undang antarabangsa;

5. Menyokong inisiatif oleh International Coalition for Jerusalem and Palestine(I’tilaf), Parliamentarian for al-Quds, Quds International Institutte(QII) dan Save Al-Quds Global Campaign ke arah pembebasan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa;

6. Menyokong inisiatif oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) untuk membebaskan Gaza daripada sekatan tidak berperikemanusiaan oleh Zionis Israel dan sekutu mereka;

7. Menyokong inisiatif oleh gerakan ‘Boycott Divestment and Sanction (BDS)’ di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Zionis Israel dan syarikat-syarikat multinasional yang bersekongkol dengan mereka agar menamatkan penjajahan ke atas rakyat Palestin;

8. Membantu mengukuh dan meningkatkan kapasiti kempen-kempen kesedaran dan pengumpulan dana yang dilaksanakan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia agar dapat dilaksanakan secara konsisten sehingga Palestin bebas dan merdeka serta rakyatnya menikmati hak asasi mereka;

9. Mempertahankan pendirian Malaysia untuk tidak mengiktiraf penjajahan Zionis Israel ke atas Palestin dan berusaha memastikan pendirian ini sentiasa terpelihara;

10. Merancang sebarang usaha normalisasi dengan Zionis Israel;

11. Menggunakan sebaik-baiknya peluang dan pengaruh yang dimiliki oleh Negeri Terengganu di peringkat serantau mahupun antarabangsa untuk mendesak agar OIC, PBB dan ICJ mengambil tindakan yag sewajarnya ke atas pencabulan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Zionis Israel;

12. Mengisytiharkan bulan Ogos sebagai bulan peringatan Masjid al-Aqsa peringkat negeri Terengganu bagi memperingati tregedi pembakaran masjid ini oleh ektremis Zionis pada 21 Ogos 1969.

Sumber: Terengganu Times | The Iman Tribune | MyCARE Terengganu

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia