SRI i-Musleh Raih Anugerah Pengurusan IPIS Terbaik

SRI i-Musleh Raih Anugerah Pengurusan IPIS Terbaik | IKRAM

MELAKA – Sekolah Rendah Islam i-Musleh (SRIIM) mengharumkan nama sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul bagi kategori Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Terbaik.

Penyampaian anugerah itu diadakan ketika Malam Melaka Berselawat sebagai pembuka tirai program sambutan Hari Kebangsaan, yang dihadiri lebih 15,000 umat Islam pada Sabtu, 29 Ogos lalu di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Guru Besar SRIIM, Abdul Qayyum Yaakop, yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam, diiringi Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh.

Ditubuhkan sejak 2011, kini SRIIM mempunyai seramai 426 orang murid dengan sokongan 36 orang guru dan enam staf, serta mencatatkan pelbagai pencapaian membanggakan dalam bidang akademik, kokurikulum, teknologi dan pembangunan profesional guru.

SRIIM telah meraih antaranya Anugerah Sekolah Terbaik Peratus 8A UPKK bagi Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS), Johan National Robotic Open Challenge (NROC) 2024 dan Johan Anugerah Guru Berwibawa dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026.

Anugerah Khas Maulidur Rasul ini menjadi penghormatan besar buat sekolah tersebut serta mencerminkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan penyampaian pendidikan Islam yang berkualiti.

Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga SRIIM untuk terus memperkukuh kecemerlangan, meningkatkan kualiti pengurusan serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing, insya-Allah.

Sumber: FB SRI i-Musleh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia